Anda di sini

Penganjuran kejohanan sukan wadah pemangkin kecemerlangan pelajar

Advertisement
 Seorang peserta beraksi pada acara lompat tinggi.
BERAKSI: Seorang peserta beraksi pada acara lompat tinggi.
__alt__
__alt__

PENGANJURAN Kejohanan Sukan Tahunan Ke-31 Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong dapat menjadi wadah pemangkin kecemerlangan pelajarnya dalam bidang sukan.

Berucap pada majlis perasmian kejohanan baru-baru ini, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Kuching Yazit Belon berkata, ia sekali gus meningkatkan prestasi akademik pelajarnya.

Beliau yang juga Pegawai Pendidikan Daerah Kuching pada masa sama turut memuji kreativiti dan transformasi serta kesungguhan para guru dan murid untuk penganjuran kali ini.

Sementara itu, kejohanan kali ini menyaksikan rumah sukan Citrine mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk tiga tahun berturut-turut.

Kejuaraan kali ini didorong oleh komitmen dan semangat juang yang tinggi ahli-ahlinya.

Selain mencapai keputusan yang terbaik itu, rumah sukan Citrine juga merangkul tempat kedua dalam acara sampingan iaitu pertandingan perbarisan dan pondok rumah sukan.

Rumah sukan Emerald dinobatkan sebagai naib johan keseluruhan edisi kali ini, manakala rumah sukan Ruby dan Sapphire masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Di samping kejuaraan rumah sukan yang menjadi rebutan, seramai lapan orang atlet diiktiraf sebagai atlet terbaik dalam kategori masing-masing.

Pada edisi kali ini, terdapat tujuh jenis acara sukan olahraga dan acara merentas desa dianjurkan untuk memaksimumkan penglibatan dan pencapaian murid dalam bidang sukan di peringkat sekolah.

Sebelum penganjuran KST Ke-31 ini, murid yang terpilih telah melalui tapisan pelaksanaan sukantara dalam kalangan ahli rumah sukan masing-masing.

Pendek kata, yang terlibat dalam acara kemuncak adalah murid-murid yang benar-benar bersedia dari segi fizikal dan mental untuk merangkul kejayaan.

  • oleh
  • Advertisement