Anda di sini

Lelaki Romania mengaku bunuh dua gadis remaja

Advertisement

BUCHAREST: Seorang lelaki Romania mengaku membunuh dua gadis remaja termasuk seorang yang berusia 15 tahun di mana kehilangannya pada minggu ini telah mengejutkan negara dan menjejaskan kerjaya ke-tua polis, kata peguam suspek pada Ahad.

Suspek, dikenal pasti Gheorghe Dinca berusia 65 tahun, “telah mengakui jenayahnya”, peguam Alexandru Bogdan dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Agerpres.

Selepas pada mulanya menolak untuk menjawab sebarang soalan, Dinca kemudian mengalah serta me-ngakui pembunuhan Ale-xandra yang hilang pada Rabu dan Luiza berusia 19 tahun, hilang sejak April.

Dinca ditahan pada Sabtu selepas penyiasat yang menggeledah rumah dan tamannya telah menemui rangka manusia dan barang kemas milik Alexandra.

Gadis remaja itu diculik pada Rabu lepas ketika cuba untuk menumpang ken-deraan ke Dobrosloveni di selatan Romania.

Pada pagi Khamis, mangsa berjaya menghubungi talian kecemasan 112 sebanyak tiga kali dan memberikan petunjuk kepada pihak polis mengenai lokasinya yang dikurung pemandu kereta yang ditumpangnya.

Alexandra menjerit “dia sedang datang, dia sedang muncul” sebelum panggilan itu terputus, kata polis.

“Gheorghe Dinca telah didakwa atas pembunuhan. Dia disyaki membunuh Ale-xandra selepas menculik dan merogolnya,” kata pendakwa raya Georgiana Hosu, sambil menambah bahawa pihak berkuasa mempercayai pembunuhan itu sama seperti apa yang menimpa Luiza.

Pengkritik berkata, pihak berkuasa gagal untuk meng-ambil serius amaran dan akhirnya telah bertindak terlalu lambat untuk mengesan dan menyelamatkan gadis remaja tersebut.

Menteri Dalam Negara Nicolae Moga mengumumkan pada lewat Jumaat bahawa beliau telah memecat ketua polis Ioan Buda. Empat pegawai lain turut dipaksa meletakkan jawatan.

Luiza hilang tiga bulan lepas di kawasan yang sama dalam keadaan yang sama.

Ibu bapanya pada minggu ini menuduh polis turut menggagalkan kes tersebut.

Mereka berkata, seorang anggota polis membayangkan anak perempuan mereka mungkin telah melarikan diri “bersama dengan Putera Idaman” ketika mereka memfailkan laporan pada April.

Dalam kes Alexandra, ang-gota polis telah memeriksa tiga bangunan sebelum mereka akhirnya menemui rumah di mana dia dikurung, lebih 12 jam selepas panggilan telefon daripadanya.

Pihak polis kemudian mendapatkan satu waran geledah, yang tidak diperlukan dalam keadaan kecemasan, serta menunggu sehingga subuh  untuk memasuki rumah itu, 19 jam selepas panggilan terakhir Alexandra.

Ribuan penunjuk pera-saan berkumpul di luar kementerian dalam negeri di Bucharest pada petang Sabtu, meletakkan bunga dan lilin di sebuah memorial sementara.

Sambil melaungkan “pembunuh” dan “tidak kompeten”, penunjuk perasaan menuntut Perdana Menteri Viorica Dancila serta kabinetnya meletakkan jawatan.

Pengkritik menuduh ke-rajaan beliau telah melemahkan sistem kehakiman jenayah dengan perubahan kontroversi yang turut di-kecam dengan teruk oleh Brussels. — AFP

Advertisement