Anda di sini

Program Mari Mewarna Bersama SSPN berlangsung meriah

 (Dari kanan) William, Yussuf dan Chiam bersama pemenang pertandingan fesyen.
TAHNIAH: (Dari kanan) William, Yussuf dan Chiam bersama pemenang pertandingan fesyen.
 Program Mari Mewarna Bersama SSPN berlangsung meriah di Stesen Shell Jalan Oya, Sibu baru-baru ini.
MERIAH: Program Mari Mewarna Bersama SSPN berlangsung meriah di Stesen Shell Jalan Oya, Sibu baru-baru ini.

PROGRAM Mari Mewarna Bersama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berlangsung meriah di Stesen Shell Jalan Oya, di Sibu baru-baru ini.

Program sempena Hari Sarawak, 22 Julai merupakan anjuran bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Cawangan UTS Sibu dan Syarikat Sri Minyak Tenaga Sdn Bhd.

Antara aktiviti diadakan adalah seperti pertandingan mewarna, puzzle dan fesyen kanak-kanak.

Kuanter Khidmat Pelanggan turut dibuka sepanjang program menyediakan khidmat seperti pembukaan akaun SSPN-I/ SSPN-I Plus, penambahan simpanan bagi pelepasan cukai maksimum RM8,000 setahun dan sebarang pertanyaan semakan atau pembayaran balik PTPTN.

Program tersebut adalah menerapkan kesedaran penabungan  di kalangan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat setempat.

Di samping itu, melalui program ini nilai kerjasama kalangan ibu bapa, guru serta pelajar dapat di bentuk selain menjadi medan terbaik meningkatkan nilai-nilai kekeluargaan.

Sementara itu, aktiviti pertandingan mewarna mendapat penyertaan kira-kira 70 orang kanak-kanak.

Manakala pertandingan menyusun puzzle disertai seramai lima orang kanak-kanak dan pertandingan fesyen sembilan orang kanak-kanak.

Sebanyak 30 hamper turut diagihkan kepada semua pemenang nama bertuah pada program itu.

Hadir sama Pengurus Besar PTPTN Sarawak Yussuf Chik, Pengerusi Eksekutif Syarikat Sri Minyak Tenaga Sdn Bhd, Datuk William Tiu Sii, Pengurus Wilayah Shell Timur Sdn Bhd Maurice Chiam, Pengurus Pembangunan Perniagaan Gorgeous Trading Sdn Bhd, Amelia Tiu Siew dan Pengarah Urusan Syarikat Sri Minyak Tenaga Sdn Bhd, Johnson Tiu.