Anda di sini

SEB Warisan Sape Telang Usan, warga seni pamer muzik dan kraf di RWMF 2019

Advertisement
 Warisan Sape Telang Usan dengan Pengurus Besar Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Kemampanan SEB, Jiwari Abdullah (berdiri empat kanan).
WARISAN BUDAYA: Warisan Sape Telang Usan dengan Pengurus Besar Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Kemampanan SEB, Jiwari Abdullah (berdiri empat kanan).

KUCHING: Rakan kongsi warisan kebudayaan, Sarawak Energy Berhad (SEB) Warisan Sape Telang Usan bersama warga seni di bawah Program Pembangunan Kraftangan SEB dari Murum, Baleh dan Baram telah mempamerkan muzik dan kraf mereka pada Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2019 baru-baru ini.

Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan Korporat SEB, Aisah Eden berkata, sebagai penaja emas acara itu, pihaknya menyokong komuniti serta rakan kongsi pihaknya untuk mempamerkan budaya dan warisan masing-masing di festival muzik antarabangsa itu.

“Kami komited untuk bekerjasama dengan komuniti dalam usaha memelihara dan mempromosikan budaya asli Sarawak, terutama untuk generasi akan datang. Acara seperti ini dapat mempamerkan hasil kejayaan inisiatif kebudayaan etnik berkenaan,” katanya.

Seramai 18 pemuzik berbakat Warisan Sape Telang Usan, yang disertai oleh lagenda sape Matthew Ngau dan Miss Malaysia World 2018, Larissa Ping antaranya telah mempersonakan para penonton dengan persembahan mereka.

Pada awal tahun ini, rombongan tersebut berjaya menempa nama di Malaysia Book of Records untuk Persembahan Memainkan Sape Paling Lama.

Sementara itu, enam orang artis dari Murum, Baleh dan Baram menunjukkan kemahiran membuat kraf tangan di Rainforest World Craft Bazaar yang diadakan serentak dengan RWMF 2019 baru-baru ini.

Advertisement