Anda di sini

E! News Malaysia musim kedua tampilkan muka baharu

Advertisement
 (Dari kiri) Natalie, Eric dan Tasha.
HOS E! NEWS: (Dari kiri) Natalie, Eric dan Tasha.

PROGRAM hiburan E! News edisi Malaysia yang menyajikan rangkuman berita ‘infotainment’ gaya hidup kini kembali untuk musim kedua.

Masih mengekalkan Tasha Aleia sebagai hos, E! News yang bakal bersiaran dua kali seminggu iaitu Isnin dan Khamis ini turut memperkenalkan dua orang hos baharu iaitu Natalie Hussain dan Eric Lin, bermula pada 22 Julai, jam 9.00 malam di saluran YouTube rasmi TV3 Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, “Kami amat bangga kerana hampir 3 juta penonton telah menonton program E! News ketika debut pertamanya di TV3 pada bulan Mac lalu. Jumlah tontonan di platform digital iaitu saluran rasmi YouTube TV3 Malaysia juga amat memberangsangkan, dan ini membuktikan bahawa kandungan kami masih relevan untuk semua, terutamanya golongan Gen-Y. “

“Untuk musim kedua ini, kami menampilkan dua muka baharu iaitu Natalie Hussain dan Eric Lim sebagai hos yang akan menyampaikan berita tempatan serta berita sensasi luar negara yang merangkumi segala informasi hiburan, fesyen, gaya hidup dan teknologi.

“Kami berharap para penonton akan terus memberi sokongan kepada E! News musim kedua ini dan nantikan lebih banyak kandungan baharu dan menarik di TV3 pada masa akan datang,” kata Johan lagi.

E! News dibahagikan kepada dua segmen, di mana episod pada setiap hari Isnin memfokuskan kepada perkembangan fesyen dan industri kecantikan terkini.

Penonton juga boleh dapatkan tips-tips mengenai pelbagai produk kecantikan yang sedang ‘trending’ serta stail kegilaan orang ramai di Hollywood.

Pada setiap hari Khamis pula, E! News lebih mengetengahkan kepada pemberian informasi dan tip gaya hidup kepada para penonton, segmen di sebalik tabir pembikinan drama, filem dan konsert, serta tayangan video muzik terbaharu tempatan dan antarabangsa.

Hos-hos juga akan menemu bual barisan selebriti secara eksklusif untuk berborak secara santai mengenai apa sahaja topik yang dikemukakan seperti media sosial, gaya hidup dan makanan. Selain itu, E! News juga akan memaparkan kemas kini mengenai gajet-gajet dan teknologi terbaharu di pasaran.

Jangan lupa untuk saksikan E! News musim kedua pada setiap hari Isnin dan Khamis di saluran YouTube rasmi TV3 Malaysia, jam 9.00 malam. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.

Advertisement