Anda di sini

TUDM lakukan penerbangan ihsan Tawau-K. Kinabalu

Advertisement
ROSLAN turut ditemani isteri dan bapanya dalam penerbangan dari Tawau ke Kota Kinabalu.
ROSLAN turut ditemani isteri dan bapanya dalam penerbangan dari Tawau ke Kota Kinabalu.

TAWAU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit untuk menjalani pembedahan segera di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

Kenyataan media Bahagian Perhubungan Awam TUDM menyatakan bahawa pesakit, Roslan Marjan, 42, diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau pada jam 9.25 pagi.

Roslan yang menghidap penyakit Saccular Anterior Communicating Artery Aneursym dibawa ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu (LTAKK) menggunakan Helikopter Nuri NS61A-4.

Penerbangan terbabit dikendalikan oleh Juruterbang Mej Muhamad Rusli Wan Sulaiman TUDM dan Kapt Ahmad Hazman Jaafar TUDM selaku pembantu juruterbang.

Mereka turut dibantu oleh dua kru dan dilaporkan selamat mendarat di LTKK pada jam 10.45 pagi dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II dengan menaiki ambulan.

Turut menemani Roslan, isterinya Masdia Budin, bapanya Husain Parence serta pegawai perubatan Hospital Besar Tawau Dr Chew Tien Chuen dan seorang jururawat.

Dalam kenyataan media itu juga, TUDM menyifatkan tanggungjawab terbabit sebagai komitmen dan kesungguhan tinggi dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat.

  • oleh
  • Advertisement