Anda di sini

Tiga lelaki tidak sedar diserbu ketika leka menyabung ayam

Advertisement
 Kawasan terbuka di Ladang Sawit, Hujung Jalan Makasing, Medamit yang diserbu polis kelmarin.
SARANG JUDI: Kawasan terbuka di Ladang Sawit, Hujung Jalan Makasing, Medamit yang diserbu polis kelmarin.

LIMBANG: Tiga lelaki tidak menyedari kehadiran polis kerana sedang leka menyabung ayam ketika serbuan dilakukan di kawasan terbuka ladang sawit, hujung Jalan Makasing, Medamit dekat sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, operasi bermula jam 4.05 petang itu menahan kesemua suspek berusia 39 hingga 75 tahun.

Beliau berkata, kesemua suspek tergamam sebaik kawasan sabung ayam itu diserbu polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Limbang.

“Hasil pemeriksaan mendapati kawasan berkenaan yang didirikan seperti khemah itu dijadikan sarang berjudi dan menyabung ayam,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga berjaya merampas 24 ekor ayam hidup yang dijadikan ayam sabung, satu ekor ayam yang sudah mati serta pelbagai alat yang digunakan untuk pertaruhan.

Kes berkenaan katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962.

  • oleh
  • Advertisement