Anda di sini

Syarikat industri dipelawa sertai AKIS 2018/3019

Advertisement
TSEU (duduk, tengah) bersama para juri/panel dan jawatankuasa penganjur AKIS 2018/2019. 
TSEU (duduk, tengah) bersama para juri/panel dan jawatankuasa penganjur AKIS 2018/2019. 

KOTA KINABALU: Syarikat industri di negeri ini dipelawa untuk menyertai Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah (AKIS) 2018/2019.

Timbalan Setiausaha Tetap Kememterian Perdagangan dan Perindusrian (KPP) Tseu Kei Yue berkata, anugerah itu terbuka kepada syarikat industri yang berada di Sabah dan telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga tahun secara berterusan.

"Dan, mengemukakan penyata kewangan yang telah diaudit dalam tempoh tiga tahun kewangan," katanya pada ketika media di pejabat KPP Sabah di Wisma Kewangan, di sini pada Selasa.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi KPP di www.mti.sabah.gov.my. Tarikh tutup penyertaan pada 30 Ogos 2019.

Majlis penyampaian anugerah kepada pemenang akan diadakan pada 8 November 2019 (Jumaat) jam 7 malam di Grand Ballroom, Pan Pacific Sutera Harbour & Resort.

Majlis akan dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Datuk Seri Panglima Wilfed Madius Tangau, selaku tetamu kehormat.

Tseu berkata, AKIS dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kecemerlangan sesebuah syarikat atau organisasi industri.

"Ia juga bagi kesedaran dan pencapaian kualiti, dan menggalakkan pengeluaran produk berkualiti tinggi," jelasnya.

AKIS dianjurkan oleh KPP Sabah dengan sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Perbadanan Perusahan Kecil dan Sederhana (Smecorp) Malaysia, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Sabah, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan SIRIM Berhad.

Tseu berkata, tahun ini adalah kali ketujuh AKIS dianjurkan. Anugerah itu bermula pada tahun 2007 dan diadakan setiap dua tahun sekali bagi mengiktiraf sektor perkilangan dan pembuatan yang sedang beroperasi di Sabah untuk kecemerlangan perniagaan mereka dan pencapaian yang berkualiti.

"la bertujuan memberi motivasi kepada pengeluaran barang-barang yang berkualiti tinggi supaya produk-produk buatan Sabah mampu bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri," katanya.

Terdapat enam kategori iaitu kategori pertama untuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM1 juta (kategori baru diwujudkan).

Kategori kedua untuk syarikat tempatan (jualan tahunan kurang daripada RM5 juta). Kategori ketiga untuk syarikat tempatan (jualan kurang dari RM10 juta).  

Kategori keempat untuk syarikat tempatan (jualan tahunan antara RM10 dan RM25 juta) dan kategori kelima untuk syarikat tempatan (jualan tahunan di atas RM25 juta hingga RM100 juta) manakala, kategori keenam untuk terbuka syarikat tempatan (jualan tahunan melebihi RM100 juta) atau syarikat milik asing.

Kriteria yang akan diadili ialah kesan sosio-ekonomi, pengurusan berkualiti, kualiti produk, penggunaan teknologi, eksport, pengiktirafan / anugerah yang diperolehi dan tanggungjawab pengurusan sosial.

Tseu berkata, pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan menerima trofi, wang tunai RM5,000 dan sijil.  

Satu pemenang bagi Anugerah Harapan akan menerima trofi, wang tunai RM3,000 dan sijil.

Seramai tujuh ahli jawatankuasa teknikal AKIS merangkap panel/juri pemerkahan terdiri Mohd Hijri Mat Rani dari MITI, Wong Tiang Sing (MIDA), Muhd Hamdi Salleh (Smecorp Malaysia), Rommella Osmand (SIRIM Bhd), Izani Ishak (MPC) Sabah, Noor Azian Romlan (Matrade) dan Sudirman Mohd Alwi (MIDF).

Untuk maklumat lanjut, hubungi Shirley Joseph, Bahagian Peiaburan KPP di talian 088-255055, 013-5440980 atau e-mel [email protected].

  • oleh
  • Advertisement