Anda di sini

Super Girls kukuhkan penguasaan Liga Trio

Advertisement
 (Dari kiri) Zulkiflee Sebli, Siti Aishah dan Noor Hazalan mewakili Strike Enemy.
PENCABAR: (Dari kiri) Zulkiflee Sebli, Siti Aishah dan Noor Hazalan mewakili Strike Enemy.

KUCHING: Super Girls mengukuhkan penguasaan Liga Trio 139 & ke bawah Megalanes Sarawak selepas membelasah Rock Bowlers dengan 19-1 pada Rabu lalu.

Kemenangan besar itu memberi pasukn itu kelebihan 13.79 mata Peterson berbanding pencabar terdekat, Strike Enemy yang menang 16-4 ke atas SS Bowlers UP sambil Strike Hunter Junior mengekalkan posisi ketiga selepas menewaskan FRDM 16-4.

New Bowlers pula kekal di tangga keempat selepas menewaskan SIMU Bowlers dengan 19-1.

Pada masa sama, SS Bowlers X turut kekal di tangga kelima meskipun tewas 6-14 di tangan pasukan keenam, Unimas Avant-Garde sambil FRDM Bowlers menduduki tangga ketujuh dengan kemenangan 15-5 mengatasi SS Bowlers 7.

Sementara itu, Azwar Abdul Rahman dari Strike Enemy mengharapkan kutipan 211 pin beliau sebelum ini memadai untuknya memenangi anugerah Individual High Game.

Zalina Abdul Rahman dari SS Bowlers X dan Abang Kamarudin dari Strike Enemy pula di tangga kedua untuk dua kategori itu.

Sebagai tambahan, Nuha Najwa dari Rock Bowlers pula masih unggul dalam kategori Individual High Series dengan Zalina di tangga kedua.

Strike Enemy pula kekal mendominasi kategori Team High Game namun diekori rapat Badnews di tangga kedua.

Advertisement