Anda di sini

PPM rampas 1,650 liter petrol seludup

Advertisement
TIGA ditahan kerana berada dalam bot pam yang disyaki membawa muatan petrol dalam kuantiti mencurigakan dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke negara jiran.
TIGA ditahan kerana berada dalam bot pam yang disyaki membawa muatan petrol dalam kuantiti mencurigakan dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke negara jiran.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 1,650 liter minyak petrol disyaki cuba diseludup dengan bot pam di perairan Batu 5 di sini, kira-kira jam 8.15 petang Selasa.

Kesemua petrol terbabit dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran, dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan hampir RM15,000 termasuk bot dan tiga enjin pam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kejayaan itu dicapai hasil Operasi Gelora Khas susulan penemuan 55 jerikin berisi petrol di sebuah bot pam.

“Juragan bot itu terjun ke laut selepas menyedari anggota pasukan kita yang bertugas menghampiri bot mereka,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di bot itu seramai tiga lelaki dewasa yang mengaku sebagai penumpang namun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, ditahan.

Menurutnya, usaha untuk mengesan dan mencari juragan bot terbabit yang bertindak terjun ke laut turut dijalankan namun tidak berhasil berikutan keadaan cuaca gelap.

“Kesemua barang rampasan dan penahanan di dalam operasi berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 22 (1) akta sama.

“Penahanan juga dilakukan di bawah Akta Imigresen 1959/ 63,” katanya berhubung rampasan dan tahanan terlibat yang dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau.

  • oleh
  • Advertisement