Anda di sini

PM baharu Greece menang undi percaya

Advertisement
 Mitsotakis (tengah) menerima tepukan susulan memenangi undi percaya selepas perdebatan berkaitan dasar kerajaannya di Athens, Greece kelmarin. — Gambar Reuters
MENANG UNDI PERCAYA: Mitsotakis (tengah) menerima tepukan susulan memenangi undi percaya selepas perdebatan berkaitan dasar kerajaannya di Athens, Greece kelmarin. — Gambar Reuters

ATHENS: Perdana Menteri Greece yang baharu memenangi undi percaya pada kelmarin malam selepas perdebatan tiga hari ber-kaitan dasar kerajaan beliau, lapor agensi berita Anadolu.

Sejumlah 158 ahli parlimen daripada dewan yang memiliki 300 kerusi itu mengundi menyokong kerajaan Kyriakos Mitsotakis, manakala 142 lagi menentang.

Parti Mitsotakis memenangi pilihan raya nasional pada 7 Julai dengan 158 kerusi parlimen bagi membolehkan ia membentuk kerajaan satu parti pertama Greece sejak 2009.

Pemimpin parti pembangkang utama Syriza yang juga bekas Perdana Menteri Alexis Tsipras menuduh Mitsotakis sebagai demagog (pemimpin politik yang cuba mendapat-kan sokongan orang ramai melalui ucapan dan hujahnya yang penuh emosi tetapi tidak munasabah atau tidak rasional). — Bernama

Advertisement