Anda di sini

Ops Bersepadu periksa 14 peniaga di Pasar Ikan Lahad Datu

Advertisement
ANTARA peniaga ikan yang diperiksa dalam operasi itu.
ANTARA peniaga ikan yang diperiksa dalam operasi itu.

LAHAD DATU: Operasi Bersepadu Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Perikanan Lahad Datu memeriksa 14 peniaga bagi mengesan penjualan ikan hasil aktiviti pengeboman ikan yang diniagakan di Pasar Ikan Lahad Datu, pada Rabu.

Menurut Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali, operasi yang dijalankan bermula jam 3 petang itu bertujuan untuk penguatkuasaan undang-undang berkaitan pengeboman ikan yang boleh disabit keslahan mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, tidak ada kesalahan dikesan namun nasihat tentang peraturan-peraturan perikanan yang perlu dipatuhi peniaga telah disampaikan petugas," katanya dalam kenyataannya pada Rabu.

Seterusnya, petugas turut memberi nasihat agar tidak menjual hasil dari aktiviti itu kerana ianya salah mengikut undang-undang.

Menurutnya, menangkap ikan dengan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985.

  • oleh
  • Advertisement