Anda di sini

Lelaki terlibat kemalangan meninggal dunia di HUS

Advertisement
 Keadaan motosikal mangsa dan kenderaan MPV selepas kemalangan tersebut Isnin lepas.
REMUK: Keadaan motosikal mangsa dan kenderaan MPV selepas kemalangan tersebut Isnin lepas.

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Stakan di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Paul Baren Aymen Pangkuma, 22, berasal dari Jalan Kempas.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal semasa kejadian dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) sekitar jam 8 pagi.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan HUS untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.40 petang hari yang sama,” katanya di sini, semalam.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, pemandu dan penumpang MPV dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Advertisement