Anda di sini

Lebih 500 peserta dijangka bertarung

Advertisement
 (Duduk dari tiga kiri) Robert, Snowdan, Ong dan Jackie bersama mereka yang lain pada mesyuarat jawatankuasa penganjur boling terbuka.
MESYUARAT: (Duduk dari tiga kiri) Robert, Snowdan, Ong dan Jackie bersama mereka yang lain pada mesyuarat jawatankuasa penganjur boling terbuka.

KUCHING: Lebih 500 peserta termasuk pemain-pemain profesional dijangka mengambil bahagian pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Sarawak bakal berlangsung di Megalanes Sarawak, E-Mart Batu Kawa dekat sini dari 7 hingga10 September depan.

Naib Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS), Robert Lu berkata negara-negara yang menyatakan minat turut serta ialah Indonesia, Filipina, Brunei, Thailand, Hong Kong, Macau, Australia, India, Oman, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Kita menjangkakan saingan menarik pada kejohanan kali ini kerana kita juga menjemput atlet-atlet profesional dari Amerika Syarikat, Amletto Monacelli dan pemain legenda itu mengesahkan akan datang.

“Skuad kebangsaan, pelapis dan remaja kebangsaan juga turut serta selain pemain-pemain dari Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur juga datang,” katanya ditemui di sini semalam.

Naib Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia itu mengesahkan setakat ini ABAS menerima lebih 60 penyertaan kebanyakannya dari Singapura dan jawatankuasa penganjur mengadakan mesyuarat pertama dipengerusikan Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan di Stadium Negeri di sini.

Menurut Robert, Datuk Snowdan Lawan gembira kerana ABAS sentiasa menganjurkan kejohanan antarabangsa dengan profesional dengan jayanya.

Justeru, menteri muda itu menjangkakan edisi tahun ini turut sama kerana ia juga bagus untuk industri pelancongan sukan negeri.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) Dr Ong Kong Swee, Pengarah Urusan Megalanes Sarawak, Jackie Ting dan wakil pelbagai jabatan dan agensi.

  • oleh
  • Advertisement