Anda di sini

Labuan juara bolasepak Paralimpik Sabah 

Advertisement

LABUAN: Labuan menjuarai Kejohanan Bolasepak 5-Sebelah Paralimpik Sabah Ke-8 setelah berjaya mengetepikan juara bertahan Tawau dalam saingan perlawanan akhir. 

Pengurus pasukan Nelson Wong berkata kejohanan yang diadakan di Tenom itu menyaksikan Tawau tidak dapat mempertahankan kejuaraan ekoran menurunkan para pemain baru. 

"Kejohanan itu melibatkan lima daerah dari seluruh negeri hujung minggu lalu,"

LABUAN johan bolasepak Paralimpik Sabah. 
LABUAN johan bolasepak Paralimpik Sabah. 

katanya. 

Nelson menyatakan demikian dalam pesanan media sosial yang dikongsikan kepada media di sini sekembali dari Tenom bersama pasukan. 

Naib johan dimenangi Tenom manakala Kota Kinabalu menyusul di tempat ketiga. Kudat turut beraksi dalam kejohanan itu. 

Menurut Nelson dua daerah, Sandakan dan Kuala Penyu tidak menghantar penyertaan tahun ini. 

Penginapan para pemain kejohanan itu ditaja oleh Fatt Choi Coffee Cabin. 

  • oleh
  • Advertisement