Anda di sini

HUSM hospital pintar pertama di Malaysia

Advertisement
SIMON (empat dari kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Juhar (empat dari kanan).
SIMON (empat dari kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Juhar (empat dari kanan).

KOTA KINABALU: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) bakal menjadi hospital pintar yang pertama di Malaysia.

Ia berikutan kerjasama yang dimeterai bersama Huawei sejak setahun lalu, telah memberikan banyak faedah kepada pihak universiti terutama dalam aspek pembangunan HUSM yang akan siap tidak lama lagi.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk KY Mustafa berkata hasil daripada kerjasama itu, pihak UMS telah menerima banyak fasiliti daripada Huawei termasuklah dari segi teknologi dan latihan khusus dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada kakitangan dan pelajar UMS.

“Huawei juga menawarkan sistem canggih kepada HUSM untuk menjadikan hospital ini sebagai hospital pintar yang pertama di Malaysia.

“Hospital pintar ini berbeza dengan hospital yang lain kerana sistem canggih yang ditawarkan oleh pihak Huawei akan menjadikan keseluruhan operasi hospital ini lebih cekap, sistematik dan pantas,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada Rabu.

Katanya, HUSM mampu menampung keperluan pesakit dari luar Sabah dan seluruh dunia dengan menggunakan platform pintar berkenaan.

Dalam kunjungan itu, Ketua Pengarah Perhubungan Huawei Simon Ng merakamkan penghargaan kepada UMS kerana menyokong program-program mereka.

“Bukan sahaja membantu HUSM menjadi hospital pintar pertama di malaysia, tetapi pihak kami juga melatih pelajar serta kakitangan UMS untuk cekap menggunakan ICT bagi tujuan akademik.

“Pelajar yang dilatih oleh pihak Huawei ini juga boleh menggunakan kemahairan ICT yang dipelajari dalam pekerjaan di dalam pasaran Malaysia mahu pun antarabangsa,” ujar beliau.

Hadir sama pada kunjungan hormat itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Madya Ts Dr Ramzah Dambul, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat Dr

Jakaria Dasan serta Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik Profesor Madya Dr Awang Asri Awang Ibrahim.

Advertisement