Anda di sini

Dadah punca peningkatan keganasan rumah tangga

Advertisement
 Fatimah (duduk, tengah) merakam gambar bersama tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa OSC bagi MIDS sejurus majlis pelancarannya, kelmarin.
GEMPUR DADAH: Fatimah (duduk, tengah) merakam gambar bersama tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa OSC bagi MIDS sejurus majlis pelancarannya, kelmarin.

BINTULU: Kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akibat penyalahgunaan dadah mencatat peratus tertinggi berlaku di negeri ini iaitu sebanyak 48 peratus pada 2018, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, kes jenayah harta benda dan jenayah kecil telah mencatat kes kedua tertinggi iaitu sekitar 30 ke 40 peratus, manakala masalah rumah tangga yang berpunca daripada penyalahgunaan bahan terlarang mencatat sebanyak 10 peratus sebagaimana dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Fatimah berkata demikian pada sidang media sejurus merasmikan Majlis Pelancaran Jawatankuasa One Stop Committee (OSC) Penguatkuasaan Bagi Membanteras Pengedaran Dadah dan Substance (MIDS) Peringkat Negeri Sarawak di tapak Perhimpunan Hari Sarawak 2019 di lapangan terbang lama di sini, kelmarin.

Dalam pada itu katanya, kes remaja hamil yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan substance antara tahun 2016 hingga 2018 mencatat sebanyak tiga peratus manakala dua peratus lagi melibatkan kes jangkitan kelamin termasuk kes STIs dan HIV/AIDS.

Tiga peratus kes kehamilan remaja mempunyai pasangan atau remaja hamil itu sendiri yang terlibat dengan isu penyalahgunaan dadah dan substance di antara 2016 hingga 2018.

“Dalam operasi menyelamat sepanjang tempoh 2016 hingga 2018 pula, seramai lima gelandangan yang diperiksa telah disah-kan positif dadah sepanjang tempoh 2016 hingga 2018,” ujarnya.

Fatimah pada masa sama melahirkan penghargaan serta ucapan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang diketuai Pesuruhjaya Polis Sarawak CP Datuk Azman Yusof kerana me-nyahut cabaran untuk me-nubuhkan  (OSC) bagi  MIDS Peringkat Negeri Sarawak yang diwujudkan Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.

“Isu penyalahgunaan dadah dan subtance adalah isu paling utama daripada 10 isu yang diberi fokus oleh Majlis Pembangunan Sosial Sarawak di kementerian kerana ia mempunyai kaitan dengan isu-isu yang lain,” tegasnya.

OSC bagi MIDS  Peringkat Negeri Sarawak mula ditubuhkan secara rintis di Sarawak pada 14 Ogos 2018 hasil Bengkel Penyelarasan Isu Dadah dan Substance di Sarawak yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Sosial Sarawak dengan kerja-sama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM Bukit Aman dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada Mei 2017.

Ujarnya, penubuhan OSC bagi MIDS secara berfokus dan bersepadu melalui kola-boratif serta perkongsian dengan rakan-rakan strategik yang berkaitan telah mula menghasilkan impak dan ‘success stories achieved beyond the framework of business as usual’.

  • oleh
  • Advertisement