Anda di sini

Community Policing dedah Palauh pada undang-undang

Advertisement
AHMAD ketika memberi penerangan kepada komuniti Palauh pada program itu.
AHMAD ketika memberi penerangan kepada komuniti Palauh pada program itu.

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menghimpunkan 40 orang dari komuniti Palauh dari Tanah Timbus Tamaco bagi menjayakan aktiviti Community Policing yang diadakan di jeti markas operasi PPM, di sini pada Rabu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata tujuan program itu untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Ia untuk menasihati warga Palauh agar tidak terlibat dengan aktiviti seperti mengebom ikan, meracun ikan, memanah ikan dan terlibat dengan kumpulan culik untuk wang tebusan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, program yang digerakkan pasukan yang diketuai Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Lahad Datu Supt Ahmad Ariffin itu berjaya menghimpunkan bangsa Palauh yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Katanya, PPM juga menyeru agar warga Palauh tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti menghisap syabu dan menghidu gam.

"Bagi memastikan keselamatan kawasan perairan Lahad Datu terkawal, PPM juga memohon jasa baik daripada mereka untuk memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang yang berlaku di perairan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement