Anda di sini

Cadangan pasang lampu kecemasan pada kenderaan SESB

Advertisement
AZHAR MATUSIN
AZHAR MATUSIN

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Azhar Matusin mencadangkan agar kenderaan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dipasang lampu serta siren kecemasan.

Beliau yang juga Adun Karambunai itu berkata cadangan itu bagi menghadapi faktor kelewatan pihak SESB ke lokasi kejadian jika berlakunya kebakaran.

"Kemungkinan besar kelewatan pihak SESB ke tempat kejadian adalah disebabkan oleh kesesakan jalan raya semasa kebakaran di Kampung Rampayan, Manggatal, Selasa lalu.

"Cadangan pemasangan lampu siren ini adalah bagi menangani kes kesesakan lalu lintas serta mengelakkan kakitangan SESB bertugas tiba lewat di lokasi agar tiada kes sama berulang pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kejadian membabitkan seorang anggota bomba Asroy Nizam Saidi, 23, yang terkena renjatan elektrik semasa menjalankan operasi pemadaman.

Beliau berterima kasih atas usaha gigih anggota itu menjalankan tugas sehingga bergadai nyawa dan turut mendoakan keselamatannya agar cepat pulih.

Sementara itu, Pejabat Adun Karambunai sudah digerakkan untuk membantu mangsa kebakaran dari segi keperluan harian dan sebagainya.

  • oleh
  • Advertisement