Anda di sini

APMM tahan bot pam, peralatan bom ikan

Advertisement
ANGGOTA APMM Semporna menemui peralatan aktiviti bom ikan dari bot pam yang ditinggalkan oleh dua suspek.
ANGGOTA APMM Semporna menemui peralatan aktiviti bom ikan dari bot pam yang ditinggalkan oleh dua suspek.

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot pam bersama peralatan bom ikan berhampiran perairan Pulau Bait di sini pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Norrimi Hassan berkata bot itu ditahan kira-kira jam 9 pagi selepas berjaya dikesan pasukannya yang menjalankan tugas rutin.

“Pada mulanya, anggota penguatkuasa kita mengesan bot pam terbabit berada dalam keadaan yang mencurigakan sebelum dipecut laju,” katanya di sini pada Selasa.

Anggota pasukannya cuba mengejar dan berjaya menahan bot pam terbabit di perairan paya bakau, namun dua suspek di bot itu bertindak terjun ke laut.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan anggota pasukannya dengan peralatan mengebom ikan dan kira-kira 3kg ikan, disyaki hasil aktiviti bom ikan.

“Ini adalah kes kedua yang direkodkan APMM Semporna pada tahun 2019 dan kita akan terus komited membanteras aktiviti mengebom ikan di perairan daerah ini,” katanya.

Menurutnya, hasil rampasan termasuk bot pam selain peralatan bom ikan, ikan dan enjin pam terbabit ditunda ke Jeti Kem Azumi Semporna di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata APMM Semporna akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa untuk mengekang perlanggaran undang-undang dan jenayah.

  • oleh
  • Advertisement