Anda di sini

Anjing disyaki positif rabies ditangkap

Advertisement
 

KUCHING: Seekor anjing yang disyaki dijangkiti wabak rabies berjaya ditangkap pihak berkuasa tempatan (PBT) di Taman Budaya, di sini sekitar pukul 3 petang Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Mejar Ismail Mahedin semasa dihubungi memberitahu anjing tersebut ditangkap susulan laporan dikatakan telah menyerang lima individu di taman rekreasi tersebut.

"Anjing tersebut sudah ditangkap PBT pada pukul 3 petang hari ini (semalam), namun belum dihantar ke makmal (Jabatan Perkhidmatan Veterinar) untuk ujian sama ada ia positif virus rabies atau tidak," katanya ketika dihubungi pada Selasa. 

Difahamkan, kelima-lima mangsa yang diserang anjing tersebut telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Advertisement