Anda di sini

16 bot dikesan langgar peraturan

Advertisement
PPM Semporna dan TTS menjalankan pemeriksaan terhadap 52 bot pelancong dan lima bot nelayan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan mereka pada Isnin.
PPM Semporna dan TTS menjalankan pemeriksaan terhadap 52 bot pelancong dan lima bot nelayan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan mereka pada Isnin.

SEMPORNA: Sebanyak 16 bot dikesan melakukan pelbagai kesalahan di kawasan Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) di sini dan dikenakan kompaun keseluruhan RM48,000.

Aktiviti bot-bot terlibat terbongkar menerusi operasi bersepadu Pasukan Polis Marin (PPM) dan Taman-Taman Sabah (TTS) di perairan Pulau Tatagan dan Maiga pada Isnin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata pemeriksaan di dalam operasi berkenaan dijalankan terhadap 52 bot pelancong dan lima bot nelayan.

“Kesemua 16 bot terbabit pula dikesan melakukan pelbagai jenis perlanggaran dan kesalahan di bawah Enakmen Taman 1984 (Pindaan 2007),” katanya di sini pada Selasa.

Katanya, antara kesalahan dikesan wujud kes syarikat pelancongan yang tidak dapat menyenaraikan butiran pelancong mereka sendiri dalam permit yang dikeluarkan TTS.

Beliau mendedahkan terdapat juga kru bot pelancongan yang dikesan memancing ikan di perairan TMTS yang dilindungi dan dikawal oleh renjer TTS.

“Operasi ini untuk mengesan aktiviti pengeboman dan memancing ikan di kawasan perairan TMTS serta pemeriksaan lesen bot, permit dan dokumentasi bot pelancong.

“Pada masa sama, menguatkuasakan larangan terhadap bot pelancong daripada menjalankan aktiviti di sekitar kawasan perairan Tatagan dan Maiga,” katanya.

Menurutnya, operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bersama TTS serta jabatan dan agensi penguatkuasa lain untuk mengekang aktiviti menangkap ikan di Zon Merah.

  • oleh
  • Advertisement