Anda di sini

1,000 meriahkan Festival Motor 2019 WMGS pada 18-20 Oktober depan

Advertisement
AWIE (dua dari kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Juhar (dua dari kiri). 
AWIE (dua dari kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Juhar (dua dari kanan). 

KOTA KINABALU: Seribu penunggang motosikal berkuasa tinggi bakal memeriahkan Festival Motor 2019 Wings Motor Gang Society (WMGS) pada 18 hingga 20 Oktober akan datang. 

Presidennya Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie menjelaskan, mereka (penunggang motosikal) merupakan ahli bikers WMGS dari seluruh Malaysia dan ahli dari luar negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. 

"Pelbagai pengisian akan dibuat bagi memeriahkan festival ini antaranya pertandingan nyanyian, pameran motosikal dan persembahan kebudayaan. 

"Pada festival ini nanti, WMGS akan melaksanakan khidmat masyarakat seperti membuat dana kutipan untuk diagihkan kepada anak-anak yatim serta pada golongan yang memerlukan. 

"Diharap penganjuran kali pertama oleh WMGS ini akan mendapat sambutan daripada orang ramai, sekali gus menjadi perangsang kepada WMGS untuk terus membuat program yang dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir," katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada Selasa. 

Pada kunjungan itu, Awie yang turut ditemani Ketua Wings Motor Gang Society Sabah Andi Arsid mendedahkan setakat ini, laluannya masih belum ditentukan. 

Bagaimanapun, beliau sangat berbesar hati apabila Juhar bersetuju untuk menjadi penaung kepada WMGS Sabah yang baru sahaja mendaftarkan 14 ahli. 

"Saya sangat berbesar hati dan menjunjung kasih terhadap Tuan Yang Terutama Tun Juhar atas kesudiannya menjadi penaung persatuan ini. 

"Pada saya, ini merupakan permulaan yang sangat baik dan saya berharap ia akan menjadi pemangkin semangat kepada WMGS untuk terus melakukan program-program bermanfaat yang pada masa akan datang," katanya.

  • oleh
  • Advertisement