Anda di sini

Tiga ditahan ketika leka sabung ayam di Medamit

Advertisement
Ayam yang dirampas di lokasi
Ayam yang dirampas di lokasi


LIMBANG: Tiga lelaki yang leka berjudi sabung ayam diberkas di sebuah ladang sawit di Jalan Makasing, Medamit, di sini pada Isnin.

Bertindak atas maklumat dan risikan, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang membuat serbuan itu sekitar pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kesemua lelaki yang ditangkap berusia antara 39 hingga 75 tahun.

"Hasil pemeriksaan mendapati kawasan berkenaan yang didirikan seperti khemah itu dijadikan lubuk berjudi dan menyabung ayam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga berjaya merampas 24 ekor ayam hidup (ayam sabung), satu ekor bangkai ayam, serta pelbagai alat yang digunakan untuk pertaruhan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962.

Antara barangan dirampas dalam operasi tersebut
Antara barangan dirampas dalam operasi tersebut
  • oleh
  • Advertisement