Anda di sini

Program belajar tarian ngajat Iban lelaki ASADIA menggalakkan

Advertisement

KUCHING: Program belajar tarian ngajat Iban lelaki anjuran Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) terus menerima sambutan yang menggalakkan.

Seramai 18 peserta lelaki menyertai program ini bermula 9 Julai lepas di bawah bimbingan Henry Guya.

Ketua ASADIA, Mabong Unggang berkata antara yang menyertai program ini termasuklah mereka dari kalangan penuntut universiti dan golongan dewasa bekerja.

“Sebagai ketua ASADIA saya berharap mereka yang menyertai kelas ini tidak hanya mempelajari tarian ini untuk diri sendiri sahaja.

“Tetapi seboleh-bolehnya membantu mengembangkan lagi seni ini kepada rakan-rakan serta masyarakat di tempat masing-masing,” katanya.

Tambah Mabong, selain mempertahankan tarian ngajat itu sendiri, program ini juga secara tidak langsung memelihara busana Iban sendiri.

Ini kerana untuk mempersembahkan tarian ngajat, ia memerlukan para penarinya untuk mengenakan pakaian tradisional Iban sendiri.

Justeru, Mabong amat berharap agar lebih banyak kelas kebudayaan dapat dibuka di negeri ini agar seni warisan Iban ini dikenali di seluruh dunia.

Selain kelas ngajat lelaki ASADIA juga ada membuka kelas kebudayaan  yang lain termasuk kelas Ngajat Indu, Betaboh dan Gendang Pampat di Batu Gong Siburan.

 Sebarang pertanyaan mengenai program-program ASADIA boleh berhubung dengan Mabong di talian 012-6925562.

Advertisement