Anda di sini

Mayat dalam beg di Bau sah tukang jahit

Advertisement
 

KUCHING: Polis mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam bagasi di sungai di Kampung Pangkalan Bau, dekat sini Jumaat lepas ialah mayat tukang jahit, Wong Sie Tuang, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak beberapa hari lepas.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai menerusi satu kenyataan hari ini.

"Ya. Mangsa adalah seorang tukang jahit," katanya.

Difahamkan mangsa yang juga dikenali sebagai John Wong merupakan pemilik sebuah kedai menjahit pakaian terkemuka di pusat bandaraya.

Dia dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh keluarganya sehingga penemuan mayat mangsa yang diikat menggunakan pita pelekat di dalam sebuah bagasi.

Persoalan mengenai identiti mayat tersebut yang hampir reput mula terjawab susulan penyebaran berita mengenai kehilangan mangsa melalui media sosial.

Selain itu, isteri mangsa juga dilihat berada di bangunan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) sebaik sahaja mayat mangsa dibawa untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon dalam satu kenyataan pada 20 Julai memberitahu ahli keluarga mangsa telah membuat pengesahan selepas proses pengecaman dilakukan.

"Mayat dicam oleh ahli keluarga mangsa melalui baju, seluar, tali pinggang, kasut, stokin dan seluar dalam di Jabatan Forensik HUS," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement