Anda di sini

Mangsa gagal buka pintu ke atas bumbung syarikat animasi Jepun kerana asap merebak terlalu cepat

Advertisement
 Anggota bomba memeriksa bahagian dalam bangunan Kyoto Animation                     yang hangus di Kyoto, Jepun pada Sabtu lepas. — Gambar Reuters
CARI PETUNJUK: Anggota bomba memeriksa bahagian dalam bangunan Kyoto Animation yang hangus di Kyoto, Jepun pada Sabtu lepas. — Gambar Reuters

KYOTO: Asap merebak terlalu cepat di dalam bangunan syarikat animasi Jepun selepas pembakaran secara sengaja pada minggu lepas sehingga majoriti mangsa yang cuba melarikan diri melalui satu pintu ke atas bumbung tidak dapat membukanya sebelum terkorban, kata media Jepun semalam.

Serangan di Kyoto Animation pada Khamis lepas, di mana seorang lelaki melaungkan “Mati!” menyimbah minyak gasolin di pintu masuk ke bangunan itu dan menyala-kannya, meragut 34 nyawa dan digambarkan sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai terburuk di Jepun selama beberapa dekad.

Di kalangan yang terkorban, 19 orang ditemui bertindih di atas satu sama lain di anak tangga antara tingkat tiga dan sebuah pintu menuju ke bahagian bumbung, de-ngan beberapa laporan awal menyatakan ia mungkin tidak dapat dibuka dari dalam.

Namun pihak polis dipetik televisyen negara NHK semalam berkata siasatan menunjukkan pintu boleh dibuka dari dalam, tetapi asap daripada kebakaran merebak terlalu cepat sehingga mangsa terkorban sebelum sempat berbuat sedemikian.

Pakar berkata satu tangga lingkaran berhampiran di mana suspek Shinji Aoba, 41, dikatakan menyalakan api telah bertindak sebagai serombong untuk menyalurkan asap ke atas melalui kesemua tiga tingkat di bangunan itu. Mangsa yang terselamat menggambarkan asap se-perti “kepulan awan gelap” yang naik melalui ruangan tangga.

“Saya mendengar suara-suara yang bertelagah di tingkat satu, kemudian dalam masa 15 saat asap hitam naik ke atas dari bahagian tangga,” seorang mangsa terselamat dipetik sebagai memberitahu NHK.

Pihak polis dipetik NHK menyatakan tangga yang kedua, di mana ramai daripada mangsa telah ditemui, juga mungkin mengalami kesan yang sama, bermakna  bahawa mangsa telah dise-lubungi dengan pantas oleh asap. Hampir semua terkorban akibat keracunan karbon monoksida.

Pihak syarikat pada lewat kelmarin mengemukakan satu kenyataan menyatakan bahawa tragedi tersebut menyebabkan kehilangan besar kepada mereka.

“Semua mangsa adalah rakan sekerja yang sangat berharga dan berbakat. Bagi kami di sini termasuk industri animasi secara keseluruhannya, ini merupakan satu pukulan yang sangat besar,” tambah kenyataan berkenaan.

Pada lewat Sabtu lepas, polis mengemukakan waran tangkap untuk Aoba, yang hidup bersendirian dari sebuah bandar berhampiran Tokyo dan kini dirawat di hospital akibat mengalami melecur yang serius.

Polis merancang untuk menahan dia sebaik sahaja dia pulih. — Reuters

Advertisement