Anda di sini

KPDNHEP Sarawak lancar operasi kesan gula-gula Ghost Smoke

Advertisement
Tangkap layar video tular yang menunjukkan sekumpulan murid menghisap gula-gula Ghost Smoke yang mengeluarkan asap.
Tangkap layar video tular yang menunjukkan sekumpulan murid menghisap gula-gula Ghost Smoke yang mengeluarkan asap.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak hari melancarkan operasi pemeriksaaan gula-gula jenama 'Ghost Smoke' di seluruh negeri.

Pengarah KHPDHEP Sarawak, Datuk Stanley Tan yang berkata operasi tersebut dilancarkan serentak di seluruh Sarawak.

"Sekarang KPDNHEP Sarawak membuat operasi di seluruh negeri selepas selesai operasi ini nanti, iaitu dijangka petang kelak, baharu kita tahu sama ada 'Ghost Smoke' ada dijual di Sarawak atau tidak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu ibu pejabat KPDNHEP telah mengeluarkan arahan kepada semua pejabat dan cawangan KPDNHEP untuk membuat pemeriksaan berkaitan dengan 'Ghost Smoke'.

"Setakat ini hasil pemeriksaan yang dilakukan di beberapa enam premis di pasar Kota Sentosa, Batu 7, Kuching dan mendapati kesemuanya tiada menjual gula-gula 'Ghost Smoke'.

"Pihak premis telah dinasihat tidak menjual produk berkenaan dan menerima stok daripada pembekal," katanya.

Tan memberitahu jika terdapat peniaga menjual gula-gula berkenaan, KPDNHEP akan melakukan rampasan dan mengambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Perintah Pelabelan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP).

Pada Isnin Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu penjualan gula-gula 'Ghost Smoke' yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dihentikan segera.

BERNAMA memetik beliau sebagai berkata langkah itu perlu diambil kerana tidak mahu perkara itu menjadi penyakit masyarakat menular dalam kalangan kanak-kanak yang masih kecil.

Beliau tidak menolak kemungkinan gula-gula berkenaan boleh menjadi permulaan kepada masalah penagihan dadah.
 

  • oleh
  • Advertisement