Anda di sini

Gabenor Puerto Rico umum tidak akan bertanding semula tahun depan

Advertisement
 Anggota kumpulan teater Papel Machete membuat persembahan semasa menyertai bantahan untuk menuntut peletakan jawatan Rossello (kanan) di hadapan La Fortaleza di San Juan, Puerto Rico kelmarin. — Gambar Reuters
SUARA BANTAHAN: Anggota kumpulan teater Papel Machete membuat persembahan semasa menyertai bantahan untuk menuntut peletakan jawatan Rossello (kanan) di hadapan La Fortaleza di San Juan, Puerto Rico kelmarin. — Gambar Reuters

SAN JUAN: Gabenor Puerto Rico Ricardo Rossello kelmarin mengumumkan beliau tidak akan bertanding semula pada tahun depan selepas bantahan selama lebih se-minggu menuntut peletakan jawatannya berikutan pendedahan perbualan yang menimbulkan curiga.

“Saya telah mendengar, dan saya mendengar kepada anda pada hari ini,” kata Rossello dalam rakaman video yang dihantar kepada Facebook.

“Saya telah melakukan kesilapan dan saya memohon maaf.”

“Saya mengaku bahawa memohon maaf sahaja tidak mencukupi. Dalam kes ini, saya mengumumkan saya tidak akan bertanding semula untuk jawatan gabenor pada tahun depan,” jelasnya, sambil menambah bahawa beliau akan turut melepaskan jawatan presiden dalam Parti Progresif Baharu.

Ahli politik itu, yang me-nyokong taraf negeri bagi Puerto Rico yang merupakan sebuah wilayah Amerika Syarikat (AS), telah menyatakan pada Mac bahawa beliau akan bertanding semula dalam pilihan raya yang dijadualkan pada November 2020.

Rossello turut menyatakan beliau akan berdepan dengan prosiding pendakwaan yang sedang diteliti oleh pihak per-undangan “dengan segala kebenaran, kuasa dan dengan cara yang bertanggungjawab”.

Bekas gabenor Alejandro Garcia Padilla memberitahu Telemundo bahawa Rossello “sedang membeli masa untuk melihat sekiranya bantahan akan tamat”.

Kelmarin, ratusan orang berkumpul di depan kediaman gabenor, melaungkan slogan seperti, “Mereka tidak akan menghalang kami” dan memegang poster bertulis “Ricky letak jawatan”.

Bantahan meletus di Puerto Rico pada minggu lepas sele-pas pembongkaran ratusan muka surat teks perbualan dalam aplikasi pesanan Tele-gram di mana Rossello dan 11 anggota pentadbiran lelaki lain mengkritik pihak berkuasa, ahli politik dan wartawan.

Dalam satu perbualan, ketua pegawai kewangan Christian Sobrino membuat rujukan homofobia terhadap bintang terkenal Latin Ricky Martin.

Dalam yang lain, satu komen gurauan telah dibuat mengenai mayat-mayat yang bertimbun di rumah mayat selepas Hurikan Maria, yang menyebabkan hampir 3,000 kematian.

Rossello turut berada di bawah tekanan selepas ejen persekutuan AS menahan beberapa kontraktor dan pegawai kerajaan, termasuk bekas setiausaha pendidikan Julia Keleher, atas tuduhan rasuah.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai semalam selepas satu kebakaran berlaku berhampiran ibu pejabat kerajaan. Lima penunjuk perasaan diberkas.

Penghibur selebriti tempatan seperti penyanyi rap Benito Martinez “Bad Bunny”, ikon pop Ricky Martin dan Rene Perez “Residente” telah menggesa rakyat Puerto Rica agar hadir pada Rabu untuk tunjuk perasaan yang menarik ribuan orang. — AFP

Advertisement