Anda di sini

Rayuan diketepikan atas kesalahan rogol: Lelaki kekal penjara 18 tahun, enam sebat

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan kekal menjalani hukuman penjara 18 tahun dan enam sebat, atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak berusia enam tahun tiga bulan.

Korum Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr. Badariah Sahamid, Datuk Harmindar Singh Dhaliwali dan Datuk Yew Jen Kie membuat keputusan itu terhadap perayu Shamsul Rijal Abdullah, 67.

"Kami mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak dan mendapati bukti adalah mencukupi. Tiada sebab untuk kami meragui dapatan Mahkmah Tinggi.

"Oleh itu...sabitan dan hukuman terhadap perayu dikekalkan," kata Badariah.

Sebelum ini, Shamsul Rijal dikenakan penjara 18 tahun dan enam sebat oleh Mahkamah Sesyen selepas perbicaraan penuh dan didapati bersalah merogol mangsa.

Kesalahan dilakukan di dalam sebuah kenderaan, pada 25 September 2015 jam 5 petang hingga jam 6.30 petang di Kampung Simbunan Sook, daerah Sook.

Perayu didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun dan sebat.

Bagaimanapun, semasa di Mahkamah Tinggi, perayu yang diwakili peguam Victor Chong gagal dalam rayuannya dan keputusan mahkamah rendah dikekalkan.

Timbalan Pendakwaraya Tetralina Ahmed Fauzi bertindak sebagai responden.

  • oleh
  • Advertisement