Anda di sini

Mayat dalam bagasi: Bomba bantu cari telefon mangsa

Advertisement

KUCHING: Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang menjalankan operasi khidmat bantu mencari bahan kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam beg bagasi di tebing sungai di Kampung Pangkalan, Bau di sebatang anak sungai di Lorong Chawan 12 di sini hari ini.

Difahamkan operasi sekitar pukul 10.50 pagi itu dijalankan bagi mencari telefon dipercayai milik mangsa.

Operasi mencari bahan kes itu masih giat dilakukan sehingga kini.

DIKEMAS KINI DI SINI

Suspek menunjuk lokasi di mana dia membuangkan telefon tersebut
Suspek menunjuk lokasi di mana dia membuang telefon mangsa

Suspek pertama, pemuda berusia 28 tahun kes bunuh itu turut dilihat berada lokasi pencarian.

Bagaimanapun, operasi pencarian barang kes yang masih belum dijumpai, dihentikan sekitar pukul 12.08 tengah hari.

Operasi itu melibatkan tujuh anggota Bomba dari Unit Penyelam Balai Batu Lintang.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon pada Ahad memberitahu, suspek kedua diberkas sekitar pukul 9.30 malam Sabtu di kawasan Stampin oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak . 

Dedahnya, wanita berusia 56 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad depan untuk membantu siasatan.

Katanya,wanita berusia 56 tahun itu yang tidak mempunyai rekod jenayah, ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad depan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Anggota bomba membantu mencari bahan kes di Lorong Chawan 12 hari ini.
Anggota bomba membantu mencari bahan kes di Lorong Chawan 12 hari ini.
 
 
  • oleh
  • Advertisement