Anda di sini

Lelaki mengaku tidak salah tipu urus permohonan PPR

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 42 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tiga pertuduhan menipu melibatkan pengurusan permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Putatan.

Penolong Kanan Pendaftar Jessica Ombou Kakayun menetapkan pengurusan kes pada 1, 15 dan 28 Ogos terhadap Rosdy Ibrahim yang diwakili peguam Nor Izureen Rozin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Pertama, tertuduh didakwa menipu seorang lelaki mengenai pengurusan terbabit dan mengakibatkan mangsa menyerahkan sejumlah RM850 kepadanya, pada 15 Mei di Penampang.

Kedua, pada 7 Mei di Putatan, tertuduh menipu seorang wanita bagi tujuan sama, sehingga menyebabkan mangsa memasukkan wang sebanyak RM7,450 ke dalam akaun tertuduh.

Ketiga, pada 14 Mei di Penampang, tertuduh menipu seorang lagi lelaki bagi maksud pengurusan permohonan itu, akibat terperdaya mangsa menyerahkan sejumlah RM850 kepada tertuduh.

Jika didapati bersalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebat, serta boleh dikenakan denda.

Untuk semua pertuduhan itu, mahkamah membebaskan Rosdy dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan, sementara menunggu kes selesai.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin bertindak untuk pihak pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement