Anda di sini

Mayat dalam bagasi: Seorang lagi individu diberkas

Advertisement
 

KUCHING: Seorang individu diberkas untuk membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki dalam bagasi di tebing sungai di Kampung Pangkalan, Bau ditangkap malam tadi. 

Menurut sumber polis, suspek kedua itu akan direman hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut yang kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, seorang suspek berusia 28 tahun direman tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. 

Difahamkan, suspek terbabit secara sukarela tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada hari yang sama penemuan mayat tersebut. 

Suspek yang dipercayai individu terakhir bersama mangsa, ditangkap sekitar pukul 11.30 malam di pekarangan Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching. 

Polis dikatakan sememangya memburu suspek sejak beberapa hari lepas susulan laporan diterima berhubung kehilangan pemilik kedai menjahit pakaian tersebut.

Selain itu, polis turut dikatakan menyita sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) dan telefon bimbit suspek.

Sementara itu, mayat mangsa dilaporkan telah dikenal pasti oleh isterinya berdasarkan pakaian yang dipakai namun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh polis. 

Mangsa dipercayai pemilik sebuah kedai menjahit pakaian terkemuka di pusat bandar raya.

(Kemas kini bermula di sini) 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek kedua adalah seorang perempuan yang ditangkap sekitar pukul 9.30 malam tadi di Stampin, Kuching oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak . 

Dedahnya, wanita terbabit, 56, turut ditahan reman selama tujuh hari setelah permohonan reman diluluskan oleh Mahkamah Majistret Bau bermula hari ini hingga Ahad depan. 

Pada masa sama Poge memberitahu, suspek kedua bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Dia ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 

  • oleh
  • Advertisement