Anda di sini

Sharbini Suhaili dipilih semula sebagai ahli IHA

Advertisement
 Sharbini (kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Lembaga Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa di London.
BERI PERHATIAN: Sharbini (kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Lembaga Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa di London.

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili dipilih semula sebagai ahli Lembaga Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA).

Beliau antara 18 ketua sektor tenaga hidro dari seluruh dunia yang dipilih dalam lembaga tersebut yang diadakan di London baru-baru ini.

Barisan lembaga baharu akan mula menjalankan tanggungjawab yang diberikan selama dua tahun itu pada September nanti bagi membimbing kerjasama dan keutamaan IHA dalam tempoh tersebut.

Sharbini pertama kali dilantik dalam lembaga itu pada 2017 selepas beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Esekutif Kumpulan Sarawak Energy.

Pemilihan semula beliau memberi pengikhtirafan kepada kedudukan Sarawak Energy dalam kalangan pemain hidro dunia dan mencerminkan reputasi Sarawak dalam pembangunan tenaga hidro di wilayah ini.

“Ini menunjukkan keyakinan berterusan persatuan terhadap bagaimana Sarawak memanfaatkan potensi tenaga hidro ke arah sumber tenaga yang dipercayai, diperbaharui dan berpatutan dan ini membuktikan hasil kerja yang amat baik serta sumbangan pasukan Sarawak Energy kepada IHA dan tenaga hidro di seantero dunia.

“Saya akan melihat ke hadapan untuk memastikan IHA dapat diperkasakan lagi di rantau ini bagi menyokong lebih kerap interaksi untuk membawa pemaju tenaga hidro dan pembuat dasar mempamerkan faedah tenaga hidro yang lestari,” kata Sharbini ketika mengulas pemilihan semulanya dalam lembaga IHA.

Sarawak Energy adalah pendukung utama pembangunan kuasa hidro yang mampan dan merupakan peneraju awal bagi Protokol Penilaian Kelestarian Tenaga Hidro (HSAP) IHA, yang kini merupakan elemen utama dalam program pembangunan tenaga hidro.

HSAP adalah kerangka kerja untuk menilai kemampanan di semua peringkat pelaksanaan projek hidroelektrik dan merupakan metodologi yang konsisten dan secara global.

Ketua Eksekutif IHA Richard M. Taylor dalam kenyataannya berkata, individu yang dipilih akan dapat membawa pengalaman yang hebat dari seluruh sektor dan menawarkan perspektif yang pelbagai tentang aktiviti tenaga hidro di seluruh dunia.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli lembaga kami, terutama yang dipilih untuk kali pertama.

“Ahli IHA yang aktif lebih daripada 100 negara dan termasuk organisasi yang terlibat dalam dasar, perancangan, pembiayaan dan pengawalseliaan sistem tenaga hidro, serta syarikat yang terlibat sebagai pemaju, pereka, pembekal, pemilik dan pengendali,” ujarnya.

Advertisement