Anda di sini

‘Hi Fun Theme’ di Naim Street Mall @ Naim Bintulu Paragon dibuka percuma 22 Julai ini

Advertisement
 Taman tema ‘Hi Fun Theme’ di Naim Street Mall @ Naim Bintulu Paragon dibuka secara percuma sempena Hari Sarawak, 22 Julai ini.
PERCUMA: Taman tema ‘Hi Fun Theme’ di Naim Street Mall @ Naim Bintulu Paragon dibuka secara percuma sempena Hari Sarawak, 22 Julai ini.

KUCHING: Berita baik untuk kanak-kanak! Naim Group of Companies (Naim) menyediakan kemasukan percuma ke ‘Hi Fun Theme’ bagi taman permainan berbumbung dan ‘bumper car rides’ di Naim Street Mall @ Naim Bintulu Paragon bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam bersempena dengan sambutan Hari Sarawak, 22 Julai ini.

Dibina di pusat beli-belah berkeluasan sekitar, 8,575 kaki persegi, Hi Fun Theme merupakan taman permainan kanak-kanak yang terbesar berbumbung yang terbesar di Bintulu.

“Taman permainan tersebut dihiasi dengan rumah teduh dan bola terbesar di Sarawak, struktur besar gelongsor dan banyak lagi untuk minda yang lebih sihat kanak-kanak,” kata pihak Naim semalam.

Sebuah blok bangunan gergasi, padang trampolin, kubu yang menyeronokkan dan kawasan permainan yang lembut untuk kanak-kanak yang berusia lebih muda turut disediakan.

Pengurus Besar Wilayah Naim Abang Mahathir Mohamed menjemput ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka bermain di pusat beli-belah tersebut.

‘Tambahan pula, Hari Sarawak merupakan hari cuti umum, datanglah ke  pusat beli-belah dengan anak-anak anda untuk meluangkan masa bersama dan  menyeronokkan ahli keluarga,” katanya.

Di samping itu, pusat beli-belah itu juga mempamerkan acara E-Games dan pameran dari Perpustakaan Negeri Sarawak, yang menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Negeri Sarawak.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi + 6086-343881 atau+ 6013-8179695 (Boniface Selimah) atau, log masuk ke laman web Naim di www.naim.com.my dan www.naimproperties.com.my atau lawati www.facebook.com/Naimproperties.

Advertisement