Anda di sini

Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri WARIS meriah

Advertisement
 Ahli WARIS dan para tetamu bergambar beramai-ramai bersama Fazzrudin (tengah) sebelum majlis berakhir.
SATU ALBUM: Ahli WARIS dan para tetamu bergambar beramai-ramai bersama Fazzrudin (tengah) sebelum majlis berakhir.

MAJLIS Ramah-Tamah Aidilfitri 2019 Persatuan Warisan Anak Sarawak (WARIS) di Dewan Cats FM yang diadakan baru-baru ini berjaya mengumpul hampir 1,000 ahli dan keluarga persatuan itu dalam suasana meriah dan muhibah.

Ia dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman selaku penaung persatuan itu merangkap Timbalan Presiden Rumpun Silat Sarawak (RSS).

Hadir sama Presiden RSS Muhammad Haneef Ali, Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia Kebangsaan Sarawak Uthman Ramli, Presiden WARIS Mohamad Hezan Andy dan barisan kepimpinan tertinggi persatuan itu.

 Fazzrudin menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah.
TAHNIAH: Fazzrudin menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah.

Majlis dimulakan dengan persembahan silat seni dan tempur sebagai simbolik menyambut ketibaan Fazzrudin.

Ia diteruskan dengan amanat daripada Fazzrudin selepas ucapan alu-aluan daripada Hezan.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 10 penerima asnaf yang disampaikan oleh Fazzrudin.

Selain itu, seramai 20 ahli turut menerima pengiktirafan pada majlis itu atas sumbangan sentiasa aktif menjayakan program anjuran WARIS.

Bagi menyerikan lagi majlis, penganjur turut mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Sebelum meninggalkan majlis, Fazzrudin sempat menyumbang suara dengan menyanyikan sebuah lagu untuk hiburan para tetamu.

 Fazzrudin (dua kiri) menyampaikan bantuan asnaf kepada salah seorang penerima.
TERIMALAH: Fazzrudin (dua kiri) menyampaikan bantuan asnaf kepada salah seorang penerima.
  • oleh
  • Advertisement