Anda di sini

Beyonce tercalon dalam enam kategori Anugerah Emmy

Advertisement
BEYONCE
BEYONCE

PENCALONAN Emmy pada Selasa lepas menyaksikan ‘Game of Thrones’ dan ‘The Marvelous Mrs Maisel’ mendominasi jumlah pencalonan tetapi siri lain juga menerima banyak pengiktirafan.

Di bawah adalah maklumat terpilih daripada siri terbaik antara siri-siri lain:

- BEYONCE -

Queen Bey memperolehi enam pencalonan untuk terbitan istimewanya di saluran Netflix ‘Homecoming: A Film by Beyonce’, yang memberi peluang kepada peminat untuk melihat persembahannya dengan intim di festival muzik Coachella pada tahun lepas, apabila dia menjadi wanita kulit hitam pertama untuk menjadi penghibur utama di acara tersebut.

Filem konsert secara langsung itu dicalonkan bagi terbitan keanekaan istimewa yang cemerlang, selain penulisan, reka bentuk penerbitan, kostum, pengarahan dan arahan muzik.

Beyonce pernah dicalonkan untuk anugerah Emmy – pada 2013 untuk persembahannya pada waktu rehat di Super Bowl, pada 2015 untuk jelajahnya ‘On the Run Tour’ bersama suaminya Jay-Z dan 2016 untuk filem albumnya ‘Lemonade’ – tetapi belum lagi memenangi anugerah itu.

‘Leaving Neverland’, dan ‘Surviving R. Kelly’, dua dokumentari mengenai pencabulan seksual, adalah antara program-program yang dicalonkan untuk anugerah Emmy.

‘Leaving Neverland’ terbitan HBO selama empat jam, yang memaparkan testimoni oleh dua lelaki yang mendakwa Michael Jackson mencabul mereka ketika mereka masih kanak-kanak, memperolehi lima pencalonan, termasuk bagi pengarahan dan suntingan filem.

‘Surviving R. Kelly’, yang memaparkan testimoni oleh lebih 50 orang yang menyatakan mereka dicabul oleh bintang R&B itu, menerima satu pencalonan bagi terbitan istimewa atau siri bermaklumat cemerlang.

Pencalonan itu diterima hanya beberapa hari sahaja selepas penyanyi tersebut ditangkap atas tuduhan merekrut gadis-gadis bawah umur untuk seks dan cuba menyembunyikan jenayah berkenaan.

- ‘HANDMAID’S TALE’ -

Walaupun musim terbaharunya tidak layak dalam kategori penting pada tahun ini, ‘The Handmaid’s Tale’ masih berjaya mendapat 11 pencalonan termasuk bagi penulisan cemerlang untuk drama selain pengarahan.

Siri itu, yang memenangi drama terbaik pada 2017, tidak layak untuk bertanding dalam kategori-kategori teratas kerana ia terlepas tarikh akhir bagi kelayakan.

Anugerah Emmy hanya mengiktiraf program-program yang ditayangkan dalam tempoh 12 bulan sehingga 31 Mei.

Namun program berkenaan mengemukakan pencalonan dalam 16 kategori teknikal bagi episod-episod dari hujung musim sebelum ini.

Sejumlah bintang pelbagai bakat diiktiraf dalam beberapa kategori atau penerbitan pada tahun ini.

Natasha Lyonne dan Phoebe Waller-Bridge menerima pencalonan dalam lakonan dan penulisan untuk kerja masing-masing dalam ‘Russian Doll’ dan ‘Fleabag’.

Bill Hader melangkah lebih jauh lagi apabila dia muncul dalam senarai-senarai pelakon utama, penulisan dan pengarahan untuk drama HBO ‘Barry’.

Dua aktres ‘Killing Eve’, Fiona Shaw dan Sandra Oh, turut menerima pencalonan tambahan bagi peranan mereka sebagai tetamu dalam program lain - Shaw untuk ‘Fleabag’, dan Oh untuk kemunculannya dalam ‘Saturday Night Live’.

Majlis Anugerah Emmy akan diadakan di Los Angeles pada 22 September. — AFP

Advertisement