Anda di sini

Ramsey sarung jersi ikonik nombor 8 di Juventus

Advertisement
RAMSEY
RAMSEY

TURIN, Itali: Aaron Ramsey mendedahkan beliau ada bercakap dengan bintang legenda Juventus, Claudio Marchisio tentang jersi ikonik nombor 8 ketika pemain tengah antarabangsa Wales itu diperkenalkan secara rasmi oleh Juventus.

“Saya tahu ia datang dengan tanggungjawab tetapi saya sudah bersedia,” kata Ramsey apabila mendedahkan beliau mendapatkan nasihat Marchisio sebelum menerima jersi nombor 8 selepas tiga di kelab pada musim panas ini.

Beliau diperkenalkan secara rasmi oleh juara Serie A Itali itu petang Isnin lepas di Turin dan ditanya tentang tanggungjawab yang datang dengan menyarung jersi nombor 8, yang pernah dipakai oleh Marchisio, Antonio Conte dan Didier Deschamps.

Ramsey memakai jersi nombor 8 ketika di Arsenal dan berminat untuk mengekalkannya di Itali selepas bertemu dengan Marchisio di pusat perubahan kelab.

“Saya mahu memakai nombor 8, saya memakainya di Arsenal dan apabila ia tiada pemilik di sini, saya harus mengambilnya,” kata Ramsey.

“Saya tahu Marchisio adalah seorang pemain yang luar biasa, membesar di sini dan mempunyai karier yang hebat. Saya bercakap dengan beliau beberapa kali di pusat rawatan kelab.

“Jika saya boleh mengulangi apa yang beliau lakukan di Juventus, saya pastinya boleh berasa bangga. Saya tahu ia datang dengan tanggungjawab tetapi saya sudah bersedia.”

Ramsey akan cuba membantu Juventus memburu kejuaraan Liga Juara-Juara ketika mereka memburu kejuaraan Eropah yang pertama sejak 1996.

Cristiano Ronaldo adalah pemain penting dalam pasukan tetapi kekalahan di suku akhir kejohanan kepada Ajax menamatkan impian kelab musim lepas.

“Anda mahu bermain sebaik yang anda mampu tetapi ia bukan satu-satu cara untuk memenangi permainan,” tambah Ramsey.

“Pada akhirnya, ia tentang kemenangan. Jika anda menang dengan bermain baik, ia adalah cara anda mahu menang. Jurulatih mempunyai falsafah beliau sendiri dan saya pasti semua pemain di sini akan menyesuaikan diri.”

Ramsey mempunyai sidang media dengan berbahasa Itali, satu langkah bijak menarik perhatian di hadapan media Itali.

Beliau kemudian menambah: “Apabila saya mendengar Juventus berminat dengan saya, ia adalah satu impian untuk datang ke sini kerana ia satu cabaran yang hebat.

“Anda tidak dapat menolak peluang ini. Ini adalah kelab yang tepat untuk saya. Saya berharap untuk menjadi sebahagian dari sejarah.

Ramsey bersetuju dengan kontrak empat tahun di Juventus yang menyaksikan beliau menerima gaji 400,000 pound seminggu, pada bulan Januari. — Reuters

Advertisement