Anda di sini

Ramah Mesra Aidilfitri NGO Kampung Tunku 2019 meriah

Advertisement

Sumbangan Muhamad Bohari

 Gambar kenangan bersama Pegawai Daerah Kuching.
KENANGAN RAYA 2019: Gambar kenangan bersama Pegawai Daerah Kuching.

MAJLIS Apresiasi dan Ramah Mesra Aidilfitri NGO Kampung Tunku 2019 diadakan di salah sebuah hotel di Kuching baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk memeriahkan lagi majlis, antaranya ialah persembahan koir oleh kumpulan gabungan NGO Kampung Tunku, diikuti ucapan aluan Ketua Kaum Kampung Tunku Dzuraini bin Malek.

Tetamu kehormat Pegawai Daerah Kuching Awang Yusup Awang Mosthapa turut menyampaikan ucapannya.

 

Majlis dilanjutkan dengan acara simbolik ‘memotong palak meja’, selain ucapan Selamat Hari Raya oleh Pengerusi-Pengerusi NGO Kampung Tunku.

Keceriaan malam diserikan dengan hidangan yang enak selain nyanyian karaoke lagu-lagu raya, cabutan nombor bertuah dan acara kejutan pada majlis itu ialah pemilihan raja dan ratu. Pemilihan raja dimenangi oleh Hossen Jamail yang ternyata mampu memikat para juri sementara pemilihan ratu diungguli oleh Jelimah Sebli.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu berakhir dengan rakaman gambar kenangan bersama Awang Yusup.

Advertisement