Anda di sini

Mohd Nor Shyefful dinobatkan ‘Champion Of Champions’ Kejohanan Gusti Lengan Sarawak

Advertisement
 Peserta dan jawatankuasa penganjur pada Kejohanan Gusti Lengan Sarawak.
TAHNIAH: Peserta dan jawatankuasa penganjur pada Kejohanan Gusti Lengan Sarawak.

KUCHING: Mohd Nor Shyefful Hafiz Duan dari D’Borneo AW Club dinobatkan Champion Of Champions Kejohanan Gusti Lengan Sarawak 2019 yang diadakan di BJ Cafe 1Singai Tondong Bau pada Ahad lalu.

Ia susulan kejayaannya menggondol tempat pertama dalam kategori Lelaki Senior Melebihi 95kg Kanan. Tempat kedua kategori itu dimenangi Darren Ng (P101) manakala Damien Desson (J4WZ) tempat ketiga.

Dalam kategori Lelaki Senior 63kg (kanan), Kiew Wee Jiet mewakili P101 muncul juara disusuli rakan sepasukan, Crystal Adam (kedua) dan Kiew Teck Joon menduduki tempat ketiga.

Pullers berpengalaman, Kenny Choo turut muncul pemenang dalam kategori Lelaki Senior 70kg (Kanan), tempat kedua dirangkul Lee Nung Kwang dan Paul Kenny di tempat ketiga.

Kategori Senior Lelaki 78kg (Kanan) menjadi milik Jong Chi Joon (P101) disusuli KJ Lee (P101) dan Rengga untuk tempat kedua dan ketiga.

Ng Evin Lee (P101) pula menguasai kategori Senior Lelaki 86kg (Kanan) sambil Phang Tze Yong tempat kedua dan Ruzehy ketiga.

Perebutan Senior Lelaki 63kg (Kidal) memihak kepada Crystal Adam (P101) dengan Leslie Chong dan Mohd Rudy di tempat kedua dan ketiga.

Untuk kategori Senior Lelaki 78kg (Kidal), Jong Chi Joon dari P101 muncul juara, diikuti Rengga di tempat kedua dan Lee Nung Kwang menduduki tempat ketiga.

Ng Evin Lee pula dinobatkan juara kategori Senior Lelaki 86kg (Kidal) sambil Ruzehy (D’Borneo) dan Oscar di tempat kedua dan ketiga.

Kategori Senior Lelaki 95kg (Kidal) menyaksikan Jacklis Bearing (J4WZ) muncul juara, Azmy Nen menduduki tempat kedua dan Mohd Nor Seful meraih tempat ketiga.

Kenny Choo sekali lagi mencuri tumpuan apabila berjaya memenangi kategori Masters 75kg (kanan), Lee Nung Kwang di tempat kedua manakala tempat ketiga milik KJ Lee (P101).

Kategori Master Melebihi 90kg (kanan) dimenangi Damien Desson (J4WZ), Matthew Dominic Barin (SASA) menduduki tempat kedua dan Gisok Japon di tempat ketiga.

Sementara itu, jaguh gusti lengan wanita, Abigail Kee (P101) menepati ramalan engan menjulang kejuaraan Wanita Melebihi 75kg (kanan). Rakan sepasukan Abigail, Tracey Huges di tempat kedua manakala Salina menduduki tempat ketiga.

Gan Siew Hua (P101) menggondol tempat pertama Wanita 75kg ke bawah (kanan) sambil Liew Fu Yee menduduki tempat kedua manakala Rebecca Christy di tempat ketiga.

Turut berlangsung enam kategori remaja menyaksikan Geehadavis (P101) dinobatkan juara kategori Remaja Bawah 21 Tahun 60kg (kanan) sambil Saifuddin dan Bonnyface di tempat kedua dan ketiga.

Crystal Adam (P101) merangkul juara kategori Remaja Bawah 21 Tahun 70kg (kanan) dengan Kiew Wee Jiet (P101) di tempat kedua dan Mohd Shafiq di temapt ketiga.

Dalam kategori Remaja Bawah 21 Tahun 80kg (kanan), Darren Ng (P101) unggul mengatasi pencabar lain untuk muncul juara, Ng Evin Lee (P101) di tempat kedua dan Webselt tempat ketiga.

Geehadavis sekali lagi unggul apabila berjaya memenangi kategori Remaja Bawah 21 Tahun 60kg (kidal), disusuli Sapsen serta Saiffudin di tempat kedua dan ketiga.

Crystal Adam (P101) mengungguli kategori Remaja Bawah 21 Tahun 70kg (kidal), Leslie Chong menduduki tempat kedua dan Niel Serang di tempat ketiga.

Bagi kategori Remaja Bawah 21 Tahun 80kg (kidal), johan menjadi milik Ng Evin Lee (P101) dengan Darren Ng (P101) di tempat kedua dan Webselt Legan menduduki tempat ketiga.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Gusti Lengan Sarawak (SASA) dengan sokongan Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Kelab Gusti Lengan J4WZ Bau, Kelab Gusti Lengan Premier 101, Kelab Gusti Lengan Bintangor dan Kelab Gusti Lengan Julau.

Pertandingan diadili oleh tiga barisan Pengadil Persekutuan Gusti Lengan Dunia Matthew Barin, Luke Decker dan Louise Teng.

Matthew yang juga Presiden SASA merangkap pengerusi penganjur berkata, kejohanan tersebut mendapat sambutan memberangsangkan dengan seramai 107 peserta bertanding dalam kategori lelaki dan wanita, kanan dan kidal.

“Peserta ada datang dari Kuala Lumpur, Miri, Belaga, Bintulu, Bintangor, Kota Samarahan, Bau dan Kuching untuk mewakili kelab masing-masing.

“Ini merupakan acara tahunan bertujuan memilih ‘pullers’ dari setiap kategori untuk mewakili Sarawak pada Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan diadakan di Cyberjaya pada 18 Ogos depan,” katanya.

Menurut beliau, juara dalam setiap kategori akan dipanggil menyertai latihan berpusat di Kelab Gusti Lengan Premier 101 atau di kelab masing-masing sebagai persiapan.

Untuk rekod, SASA menggondol enam pingat emas pada kejohanan kebangsaan 2018.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Charles Nissom.

Advertisement