Anda di sini

Macguire dalam buruan Man Utd

Advertisement
MACGUIRE
MACGUIRE

LONDON, England: Manchester United akan terus cuba untuk mendapatkan Harry Maguire tetapi penilaian harga kelab Leicester City terus menjadi faktor penghalang utama.

Menjadi buruan United pada musim panas yang lepas selepas menyerlah bersama England ketika melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018, Maguire sekali lagi di persimpangan.

United berminat untuk memperkuatkan benteng pertahanan dengan kehadiran Maguire tetapi Leicester tidak mempunyai masalah kewangan untuk menjual dan difahamkan masih ada isu di antara penilaian yang dinyatakan oleh Leicester dan juga penilaian dari United.

Leicester dilaporkan menuntut sehingga 90 juta pound untuk bekas pemain kelab Sheffield United dan Hull City – 15 juta lebih banyak dari rekod dunia untuk seorang pemain pertahanan yang dibayar oleh Liverpool kepada Southampton untuk mendapatkan Virgil van Dijk 18 bulan yang lalu.

Manchester City juga berminat dengan pemain pertahanan tengah berusia 26 tahun itu, yang mungkin mendesak satu perpindahan walaupun difahamkan sudah memberitahu Leicester di mana beliau mahu menimba pengalaman baharu.

Satu laporan Ahad lepas yang mendakwa United sudah bersetuju satu perjanjian dengan Maguire, adalah terlalu awal, dengan bekas bintang legenda United, Denis Irwin mengesahkan laporan itu pada pertemuan bersama peminat di Perth, Australia.

Ditanya jika United telah mendapatkan Maguire, duta kelab itu berkata: ‘Tidak, Harry masih pemain Leicester.

“Kami menamatkan musim dengan sangat buruk. Apabila (pengurus baharu) Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih, kami benar-benar bergelut.

“Kami 11 mata di belakang pasukan di tangga keempat dan kami beraksi dengan baik untuk berada di kedudukan ini, kami juga melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara sebelum hilang rentak pada dua bulan terakhir.

“Ini adalah pramusim pertama Ole, jadi beliau mendapatkan peluang membentuk identiti beliau sendiri ke dalam pasukan dan cara beliau mahu United bermain.

“Kami mendapatkan beberapa pemain muda, yang memiliki banyak kepantasan – saya fikir ia sesuatu yang kami kurang pada dua atau tiga tahun terakhir dan saya fikir kami memerlukan beberapa lagi pembelian.”

United ketika ini berada di Australia untuk jelajah pramusim. — Reuters

Advertisement