Anda di sini

Badminton Junior Sarawak SEB diadakan di Sibu dari 15-18 Ogos

Advertisement
 Peserta beraksi pada kejohanan yang diadakan sebelum ini.
BERSEMANGAT: Peserta beraksi pada kejohanan yang diadakan sebelum ini.

KUCHING: Kejohanan Badminton Junior Sarawak edisi kedua anjuran Sarawak Energy Berhad (SEB) diadakan di Sibu dari 15 hingga 18 Ogos ini.

Ia bakal menampilkan ramai bakat muda yang dijangka akan menyertai pertandingan tersebut.

Hadiah bernilai lebih RM8,000 dipertaruhkan iaitu peningkatan lebih daripada RM2,000 daripada tahun lalu.

Pertandingan empat hari itu diadakan di Perfect Win Badminton Centre, Aras 12, Pasar Besar Sibu.

Kategori perseorangan (lelaki dan wanita), beregu (lelaki dan wanita) bawah 10 tahun, 12 tahun, 15 tahun dan bawah 19 tahun.

Beregu lelaki dan wanita bagi bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 19 tahun.

Kini pendaftaran terbuka kepada semua penduduk Sarawak dan penduduk tetap negeri ini mempunyai permit kerja atau belajar berumur antara 19 tahun ke bawah.

Borang pendaftaran boleh didapati di http://se2019.eventrunner.com.my dan peserta berminat perlu menghantar borang dalam talian bersama yuran pendaftaran mereka. Tiada pendaftaran manual dibenarkan.

Yuran pendaftaran adalah RM10 setiap pemain untuk kategori perseorangan dan RM15 untuk kategori beregu. Yuran tidak akan dikembalikan dan tarikh tutup penyerahan borang penyertaan pada 2 Ogos depan.

Untuk maklumat lanjut, peserta boleh menghubungi (Miri): Harriz Fadullah Tanny di talian 016-5168773, (Sibu): Adli Akbar 019-8002711, (Kuching): Sophian Fikri Sazali (012-8800288) dan Kelvin Jee (012-8787533).

Advertisement