Anda di sini

Warga emas maut dalam kemalangan jalan raya

Advertisement
KEADAAN Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan itu.
KEADAAN Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan itu.

BEAUFORT: Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kampung Mawao, Jalan Beaufort-Membakut.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9.33 malam 12 Julai lalu.

"Siasatan awal mendapati mangsa ketika menunggang motosikalnya dilanggar oleh sebuah kenderaan Perodua Viva dari arah belakang.

"Pemandu itu yang bergerak dari arah Membakut menuju ke Pekan Beaufort membrek secara mengejut lalu hilang kawalan sehingga terlanggar motosikal yang ditunggang mangsa.

"Kumarus Joseph Boli @Josif, 59, maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Beaufort untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang kenderaan Perodua Viva yang hanya mengalami cedera ringan turut mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Katanya, kenderaan dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami kerosakan teruk.

"Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu kenderaan Viva kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan," katanya.

Katanya, siasatan juga mendapati pemandu tidak berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.
 

  • oleh
  • Advertisement