Anda di sini

Nabila Razali keliru dengan format ICSYVMY2

Advertisement
 Nabila berjaya memilih penyanyi sebenar untuk berduet dengannya.
PILIHAN TEPAT: Nabila berjaya memilih penyanyi sebenar untuk berduet dengannya.

MEMANG tidak dinafikan lagi bahawa program muzik misteri I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY2) sentiasa memberi kejutan besar kepada para penonton, terutamanya dengan bakat-bakat hebat yang berjaya dicungkil di pentas nyanyian program berkenaan.

Episod ketiga  I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY2) yang bertemakan ‘BBNU Wanita’ pada minggu lepas menampilkan seorang penyanyi misteri bergelar ‘Pantang Dicabar’ (Nursyahmina Amirah Adnan) yang berjaya membuatkan orang ramai tertanya-tanya akan suaranya.

Episod ketiga menampilkan Nabila Razali sebagai artis jemputan yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang.

Selain Nabila, pelakon jelita Amelia Henderson dan Afieq Shazwan turut hadir sebagai penyiasat jemputan.

Pada awalnya, Nabila menganggap Syahmina sebagai seorang penyamar bersuara sumbang. Namun, pendapatnya berubah setelah Seelan Paul selaku penyiasat berjaya meyakinkan Nabila bahawa Syahmina penyanyi sebenar yang boleh menyanyi seperti Misha Omar.

Setelah menyingkirkan lima penyanyi misteri yang lain, Syahmina akhirnya mendedahkan suaranya di pentas penentuan. Nabila mampu menarik nafas lega selepas berjaya memilih penyanyi sebenar untuk berduet dengannya.

Siapa sangka, Syahmina yang bertubuh kecil ini mampu memberi impak besar kepada panel penyiasat serta para penonton sehingga persembahannya itu menjadi tular di laman media sosial. Ini secara tidak langsung, telah melayakkan Syahmina untuk membuat persembahan bersama artis ternama tanah air di Showcase ICSYVMY 2.

Terdahulu, Nabila telah membuat keputusan yang salah dua kali berturut-turut apabila dia membuat keputusan untuk menyingkirkan ‘Adik Aiskrim’ (Sofea Arissa Roslan) dan ‘Acrobatic Atas Keyboard’ (Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin) kerana kedua-dua penyanyi misteri ini juga merupakan penyanyi sebenar.

Shuk juga telah menyakat Nabila dengan bertanyakan bahawa adakah dia sebenarnya memahami format program ini kerana Nabila sepatutnya menyingkirkan penyamar, dan bukan penyanyi sebenar.

ICSYVMY musim kedua dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai ‘penyiasat tetap’ pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama. Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani oleh dua penyiasat jemputan untuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri ini.

Setiap penyanyi misteri yang disingkir akan ke pentas penentuan yang mana beliau akan mendedahkan suara sebenar. Seandainya penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, penyanyi itu akan dapat menyertai Showcase ICSYVMY 2 dan membuat persembahan bersama artis ternama tanah air.

Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3,000.

ICSYVMY musim kedua ini dibawakan khas oleh Oppo selaku penaja bersama. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan artis-artis jemputan kesayangan ramai. Antaranya Hael Husaini, Khai Bahar, Nabila Razali, Datin Alyah, Syamel, Siti Sarah, Floor 88, Haqiem Rusli, Ella, Ajai, Sam Bunkface dan Mas Idayu. Showcase ICSYVMY pula disertai oleh Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz.

Selain itu, ICSYVMY 2 turut menampilkan Hot FM sebagai Geng Radio dan OHBULAN! sebagai Geng Digital. Krew penerbitan ICSYVMY musim kedua pula diketuai oleh Mas Ayu Binti Ali selaku Penerbit Eksekutif, dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit merangkap pengarah.

ICSYVMY musim kedua bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam, hanya di TV3. ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVE secara HD di tonton, YouTube TV3 Malaysia Official dan YouTube TV9 Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.

Advertisement