Anda di sini

Albona johan Mitarab Gimpuhut Momogun Zon Pitas

Advertisement
ALBONA (tengah) bersama Genevie (kiri) dan Noratika (kanan).
ALBONA (tengah) bersama Genevie (kiri) dan Noratika (kanan).

PITAS: Albona muncul johan Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Pitas 2019 yang diadakan di Dewan Komuniti Mabahan Kg Bongkol Pitas pada Sabtu.

Genevie Chiew dan Noratika Manalis masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Mereka akan mewakili Pitas bagi johan, Banggi bagi naib johan tempat ketiga mewakil Kanibongan ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.

Cerry Ezia Julain pula dinobatkan sebagai 'Miss Popular' selepas mendapat undian terbanyak sementara Anny Junai dipilih sebagai 'Model of the year'. 

JOHAN Monurizak (pertandingan nyanyian) Ezra Sopedy (tengah) bersama Revelin (kanan) dan Raymon (kiri).
JOHAN Monurizak (pertandingan nyanyian) Ezra Sopedy (tengah) bersama Revelin (kanan) dan Raymon (kiri).

Bagi pertandingan Mitarab Mindolongoi (Monurizak), johan dimenangi oleh Ezra Sopedy manakala Revelin Masaban dan Raymon Rajak masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Mereka masing-masing akan mewakili Pitas, Banggi dan Kanibongan ke Pertandingan Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Mohammad Mohamarin yang juga Adun Banggi telah merasmikan majlis itu.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) Jose Modsinupu, Presiden Pisaan Pitas Richad Mazagi, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Pitas Madusi Mangabun, CDO Banggi Martin Mokujim dan Pengerusi MGM Induk Pesta Magahau 2019 Ruhini Andong.

MOHAMMAD memukul gong sebagai simbolik perasmian Pesta Magahau Zon Pitas 2019.
MOHAMMAD memukul gong sebagai simbolik perasmian Pesta Magahau Zon Pitas 2019.

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baharu iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain sundatang).

Selain Zon Pitas, terdapat tiga lagi zon yang akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini. Zon-zon berkenaan ialah Kudat (20 Julai 2019), Beluran (27 Julai 2019) dan Kota Marudu (28 Julai 2019).

Advertisement