Anda di sini

Tiga lelaki ditahan jual arak tanpa lesen

Advertisement
 Mohd Zani (kiri) memeriksa barangan yang dirampas pada sidang media                    di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya semalam. — Gambar Bernama
HASIL RAMPASAN: Mohd Zani (kiri) memeriksa barangan yang dirampas pada sidang media di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya semalam. — Gambar Bernama

PETALING JAYA: Polis menahan tiga penjaga premis termasuk dua lelaki warga India kerana dipercayai menjual minuman keras dan rokok tiruan dalam dua serbuan ber-asingan di sini, sejak Rabu hingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah Peta-ling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam serbuan pertama pada jam 1.30 tengah hari, Rabu lepas di sebuah kedai runcit di Rumah Pangsa Kayu Ara Jalan Teratai, polis menemui pelbagai jenama arak dan rokok disyaki seludup di bahagian loteng premis.

Katanya dalam serbuan kedua di sebuah kedai runcit di Bandar Damansara Perdana kelmarin pada kira-kira jam 3.30 petang, polis menemui pelbagai jenama arak yang disimpan di dalam laci dan di bawah kaunter pembayaran premis itu.

Hasil serbuan di dua premis itu, polis merampas 607 tin dan botol minuman arak pelbagai jenama dan 32 karton rokok disyaki seludup yang dianggarkan bernilai RM10,490.

“Siasatan mendapati ke-dua-dua premis yang baharu beroperasi lima hingga enam bulan itu disyaki menjual arak dan rokok seludup kepada pelajar sekolah serta tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, “ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam.

Seorang daripada suspek ditahan reman empat hari sehingga Ahad ini manakala permohonan  reman dua lagi suspek dilakukan di Mahkamah Petaling Jaya semalam.

Kesemua mereka berusia antara 25 dan 55 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Polis turut menasihati orang ramai untuk tidak membeli dan meminum arak tiruan yang dijual tanpa lesen kerana terdapat beberapa jenama yang dikhuatiri men-gandungi kandungan metanol yang tinggi dan boleh memudaratkan. — Bernama

Advertisement