Anda di sini

Tenis ASG: Jimmy dipilih galas cabaran Malaysia

Advertisement
 Naib Presiden BDLTA, Mudahari Saimi (kanan) bersalaman dengan Jimmy diharap menuai kejayaan besar pada kejohanan tenis sekolah ASEAN di Semarang, Indonesia.
SEMOGA BERJAYA: Naib Presiden BDLTA, Mudahari Saimi (kanan) bersalaman dengan Jimmy diharap menuai kejayaan besar pada kejohanan tenis sekolah ASEAN di Semarang, Indonesia.

BINTULU: Pemain tenis menyerlah dari Bintulu, Jimmy Liong, 17, dipilih mewakili Malaysia menggalas cabaran kejohanan Tenis ASEAN School Games (ASG) ke-11 pada 17 hingga 25 Julai ini di Semarang Jawa, Tengah Indonesia.

Jimmy berkecimpung dalam sukan tenis sejak lapan tahun dan pemilihannya mewakili Malaysia peringkat sekolah ASEAN

merupakan pencapaian terbaik pernah direkodkan oleh Persatuan Tenis Lawn Bahagian Bintulu (BDLTA).

Jimmy juga adalah pemain kedua dari BDLTA mewakili Malaysia dan pemain pertama ialah kakaknya, Linda Liong, 20, kini melanjut pengajian biasiswa penuh dalam sukan tenis di Wayne State University, Amerika Syarikat sejak Ogos 2017.

Setakat ini, BDLTA mempunyai lima hingga lapan pemain berprestasi tinggi pada Program Tenis Junior di sekolah-sekolah Bahagian Bintulu dan 45 adalah pelajar pemula.  

Dengan hanya mempunyai dua kemudahan gelanggang tenis, BDLTA berusaha mengoptimumkan latihan terhad di sini.

Beberapa pencapaian pernah diraih Jimmy adalah juara lelaki bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2019, juara Tenis Malaysia Junior bawah 16, juara perseorangan Tenis Malaysia Junior Leg 2 Pulau Pinang, juara MSSM Sarawak bawah 16 dan pemenang pingat perak lelaki Sarawak untuk Sukan Malaysia (SUKMA) ketika berumur 16 tahun.

Beliau juga pernah meraih juara bermula pada umur 12, 13, 14 dan 15 tahun dalam kategori perseorangan lelaki kejohanan tenis Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS)dan MSSM dari 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Advertisement