Anda di sini

Lelaki AS didakwa bunuh remaja kulit hitam gara-gara muzik rap

Advertisement
ADAMS
ADAMS

LOS ANGELES: Seorang lelaki kulit putih yang membunuh seorang remaja kulit hitam di Arizona disebabkan dia berasa terancam dengan muzik rap mangsa itu telah disabitkan bagi pembunuhan peringkat pertama, kata pihak berkuasa kelmarin.

Michael Adams dikatakan mengelar leher Al-Amin dalam satu serangan tidak diprovok di sebuah kedai serbaguna di pekan Peoria, luar Phoenix, pada 4 Julai.

Dia telah dibebaskan dari penjara hanya dua hari sebelum itu bagi satu lagi pensa-bitan melibatkan serangan.

Menurut dokumen mah-kamah, Adams, 27, mem-beritahu pihak detektif bahawa sebelum serangan, dia telah melihat remaja itu mendengar muzik rap di tempat letak kereta serta berasa terancam dengan muzik remaja tersebut.

“Adams menyatakan bahawa muzik rap telah membuatkan dia berasa tidak selamat, kerana sebelum ini dia telah diserang oleh orang (kulit hitam, Hispanik dan penduduk Pribumi Amerika) yang mendengar muzik rap,” menurut dokumen mahkamah.

Pada satu sidang media penuh emosi kelmarin, peguam yilayah Maricopa Bill Montgomery mengutuk pembunuhan itu sebagai tidak munasabah dan berkata remaja tersebut tidak melakukan apa-apa yang mencetuskan serangan yang telah meragut nyawanya.

“Apa yang membuatkan kesalahan ini begitu tragik,” kata beliau, sambil menahan tangisan, “adalah kami mempunyai seorang remaja ber-usia 17 tahun yang langsung tidak melakukan apa-apa.

“Beliau hanya berada di sana untuk membeli barang,” tambahnya.

Peguam Adams memberitahu hakim dalam kes tersebut bahawa dia menghidap penyakit mental dan memerlukan bantuan per-ubatan berbanding dengan ditempatkan di dalam sebuah bilik penjara.

“Ini adalah seorang yang kurang upaya dan dia telah dibebaskan ke dunia serta dibiarkan agar menjaga diri sendiri,” kata Jacie Cotterell, menuduh sistem penjara telah mengabaikan anak guamnya.

Pembunuhan itu telah mencetuskan satu bantahan di media sosial dengan hashtag #JusticeforElijah tersebar di Twitter.

“Seorang lagi anak kami telah dibunuh dalam satu cara yang sangat kejam dan tidak dijangkakan – DOJ harus menyiasat jenayah kebencian ini dengan segera. RIP Elijah,” tulis calon pilihan raya presiden dari parti Demokratik Cory Booker pada Isnin lepas. — AFP

Advertisement