Anda di sini

Impian Griezmann ke Barcelona cerah

Advertisement
GRIEZMANN
GRIEZMANN

PARIS: Pemain Atletico Madrid yang memenangi Piala Dunia, Antoine Griezmann, semakin mencapai hasratnya untuk berpindah ke Barcelona, menurut laporan pada Khamis di negara asalnya Perancis dan di Sepanyol.

Akhbar di Sepanyol Mundo Deportivo berkata kelab Catalan itu akan membayar klausa pelepasan Griezmann sebanyak 120 juta euro (RM576 juta) dan pemain berusia 28 tahun itu sudah menandatangani kontrak selama lima tahun di Camp Nou.

Akhbar harian di Perancis, L’Equipe menambah Barca sudah menghantar perpindahan bank ke kelab ibu kota berkenaan.

Griezmann tidak muncul untuk perhimpunan pramusim bagi pasukannya pada Ahad lepas setelah dia mengumumkan pada Mei lalu bahawa dia akan meninggalkan stadium Wanda Metropolitano tetapi tidak dapat mendedahkan destinasinya.

Pada Jumaat lalu, Atletico menuduh Barcelona dan Griezmann “tidak hormat” selepas presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, mendedahkan kedua-dua kelab telah mengadakan rundingan mengenai bekas penyerang Real Sociedad itu.

Griezmann menyertai Atletico pada 2014 dan menjaringkan 133 gol dalam 257 penampilan untuk menjulang Copa del Rey dan juga Liga Europa. — AFP

Advertisement