Anda di sini

F1: Hamilton ingin menangi GP Britain buat kali keenam

Advertisement
 Hamilton membaling topi yang ditandatangani ke arah peminat menjelang perlumbaan Formula 1 GP Britain di Litar Silverstone. — Gambar AFP
DISAMBUT PEMINAT: Hamilton membaling topi yang ditandatangani ke arah peminat menjelang perlumbaan Formula 1 GP Britain di Litar Silverstone. — Gambar AFP

SILVERSTONE: Lewis Hamilton mahu bangkit daripada kekecewaan hujung minggu yang jarang sekali berlaku dengan memenangi Grand Prix Britain di tanah air sendiri untuk rekod kali keenam pada hujung minggu ini – dan di hadapan penonton paling besar dalam tempoh hampir tiga dekad di litar bersejarah Silverstone.

Selepas menderita dalam kepanasan dan atmosfera nipis di Styrian Alps, Austria, di mana dia menduduki tempat kelima yang panas dan meresahkan dua minggu lalu, juara dunia bertahan itu dan pasukannya Mercedes dijangka akan mendominasi perlumbaan dalam permukaan yang lebih senang dan campuran selekoh yang lebih luas dalam keadaan yang lebih sejuk di tengah England.

Kemenangan keenam pada keseluruhan dan kelima dalam masa enam tahun di litar yang dia amat sukai juga adalah yang ketujuh baginya dalam 10 perlumbaan pada tahun ini untuk melanjutkan kelebihan 31 matanya di hadapan rakan sepasukan Valtteri Bottas dalam kejuaraan pemandu.

“Ini adalah perlumbaan yang telah menjadi acara paling dinanti-nantikan pada musim ini bagi saya dan ia adalah hujung minggu yang saya sentiasa paling sukai,” kata Hamilton, yang dengan cepat meraikan pengesahan pada Rabu lepas bagi kontrak baharu selama lima tahun yang akan memastikan Grand Prix Britain berada dalam kalendar Formula Satu sehingga 2024.

“Mempunyai sokongan negara anda yang tertumpu pada satu hujung minggu benar-benar menghasilkan beberapa hari yang paling menakjubkan. Ia adalah sukar untuk mengira apa yang kita dapat daripada semua perkara positif itu – tenaga setiap orang tidak ternilai.”

Jika dia menang, Hamilton akan mendahului seorang pemandu Britain Jim Clark dan pemandu Perancis Alain Prost, yang berkongsi rekod semasa iaitu lima kemenangan.

Selepas mengalami kekalahan pertama mereka selepas siri lapan kemenangan yang luar biasa, Mercedes ingin mengembalikan keunggulan mereka dalam cara di tempat sendiri bagi pasukan itu – kilang kereta dan kilang enjin terletak berhampiran Silverstone.

“Suhu panas di Austria mendedahkan kelemahan kami dan bermakna kami tidak dapat memberikan cabaran untuk menang,” kata ketua pasukan Toto Wolff.

“Namun nasib baik musim panas di England adalah terkenal kerana suhu yang lebih sederhana, jadi penyejukan dijangka tidak akan menjadi isu yang begitu besar.

“Kita sudah meletakkan beberapa prestasi terbaik kami pada tahun ini di landasan dengan pelbagai tahap kelajuan selekoh, jadi, atas kertas, kami dijangka akan mempamerkan prestasi yang agak bagus.”

Rakan sejawatannya dalam pasukan Ferrari Mattia Binotto menepis peluang mereka untuk mengulangi kemenangan Sebastian Vettel pada tahun depan, walaupun mereka mempamerkan prestasi lebih kuat di Austria di mana Charles Leclerc menduduki tempat kedua di belakang tempat pertama di belakang Max Verstappen dari pasukan Red Bull.

Vettel, juara dunia sebanyak empat kali, sudah menyertai 17 perlumbaan sejak Ogos lalu tanpa sebarang kemenangan dan ketinggalan 76 mata di belakang Hamilton dalam perebutan kejuaraan.

Kemenangan di Austria meletakkan Verstappen di hadapan pelumba Jerman itu dan dia dan Red Bull, yang berpangkalan di Milton Keynes yang berdekatan, dengan sokongan orang tempatan yang besar, mungkin akan menjadi ancaman besar kepada impian Hamilton untuk balik ke gagang selepas dia tiba dari Los Angeles.

“Max merupakan yang terbaik di dunia, sesuatu yang boleh dipertikaikan dalam tempoh 12 bulan lepas,” kata ketua pasukannya Christian Horner. “Dia adakah lelaki yang sedang datang. Sukan ini memerlukan lebih ramai pemandu seperti Max.”

Di bawah tiga pasukan teratas, McLaren akan cuba memberikan gambaran yang baik khususnya selepas mengesahkan barisan pemandu yang tidak berubah, termasuk rookie Britain Lando Norris, 19, untuk tahun akan datang.

Pegawai Silverstone percaya tarikan pemandu dan ramalan cuaca yang menggalakkan akan menghasilkan kehadiran terbesar sejam zaman ‘Mansell-mania’ pada awal tahun 1990an.

Penonton pada hari perlumbaan pada tahun lepas sebanyak 140,500 orang merupakan yang terbesar pada musim itu dan ketua Silverstone Stuart Pringle berkata dia menjangka ia akan diatasi.

“Ini dijangka paling besar semenjak Mansell membawa orang ke sini secara beramai-ramai pada 1992,” katanya.

Litar Silverstone, dahulu sebuah padang pesawat zaman perang, menganjurkan Grand Prix Kejohanan Dunia pada 1950 dan, bersama Itali, telah menjadi peserta abadi sejak itu.

Perlumbaan Itali di Monza pada September lalu dijangka akan disahkan semula untuk masa depan manakala acara di Vietnam dan Belanda dijangka akan menjadi sebahagian daripada kalendar 21 perlumbaan yang akan semula pada 2020. — AFP

Advertisement